Alya Terkena Air Panas

Jalan-jalan ke laman GUA tiba-tiba terbaca pulak berita tentang Alyah, meri kami kongsikan kemalanagan yang terjadi pada Alya. 
 Alyah dimasukkan ke Hospital Pakar Damansara di sini selepas melecur dari paras pinggang hingga paha akibat terkena air panas.
Kejadian yang berlaku di rumah Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 30, disedari pembantu peribadinya kira-kira jam 10 pagi selepas mendengar penyanyi itu mengerang kesakitan dan menangis kerana kecederaan yang dialaminya.

Dalam kunjungan Harian Metro ke hospital itu petang semalam, keadaan Alyah nampak stabil dan keletihan. Namun, apabila ditanya mengenai kejadian itu Alyah berkata dia memasukkan air panas ke dalam botol untuk disejukkan.
“Namun dalam sekelip mata botol itu terlepas dari pegangan Alyah dan terjatuh ke badan ini. Akibatnya, kulit Alyah terus melecur dari paras pinggang hingga ke kaki. Doktor memaklumkan, Alyah kemungkinan akan dirawat dalam wad selama dua hingga tiga hari.

“Ia bagi memastikan sejauh mana seriusnya kecederaan dialami dan pada masa sama memastikan tiada sebarang jangkitan virus berlaku. Buat masa ini, keluarga Alyah masih belum diberitahu dan apa yang boleh dikatakan kejadian pagi tadi (semalam) berlaku sangat pantas.

“Mujur kata doktor ia tidak begitu kritikal kerana tindakan pantas Alyah terus mendapatkan rawatan di hospital. Apapun, sepatutnya Alyah menghadiri penggambaran program masakan sempena bulan puasa, Ketuk-Ketuk Ramadan terbitan JS Pictures Sdn Bhd yang dihoskan Sheila Rusly hari ini. “Bagaimanapun, apa yang boleh Alyah buat apabila tiba-tiba mendapat kecederaan ini. Kalau diikutkan, ada beberapa lagi program Ramadan dan Aidilfitri yang harus Alyah jayakan. Rabu lalu Alyah baru siapkan rakaman program raya, Konsert Sensasi 2 bersama Ramlah Ram untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Auditorium Angkasapuri,” katanya.

Sempat berjenaka, Alyah bagaimanapun menafikan kejadian itu berlaku bukan disebabkan dia terkejut membaca laporan gosip percintaannya dengan Ramli MS semalam.

“Ia tiada kaitan dengan laporan gosip itu. Apa yang berlaku ini ditetapkan Tuhan buat Alyah,” katanya yang memaklumkan pengarah klip video, Kisah Hati iaitu Ghaz Abu Bakar individu pertama yang datang melawatnya di hospital sejak dimasukkan ke wad,” katanya. - Harian Metro
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply