Crew OM

Opss Media sentiasa berbangga dengan barisan penulisnya yang tidak jemu memberi info terkini dan maklumat-maklumat yang berguna. Tanpa kehadiran mereka, wajah Opss Media pasti suram, walau kadangkala mulut mereka agak laser. Biarpun buat masa ini, hanya 2 individu sahaja yang memenuhi barisan penulis Opss Media, namun matlamat kami untuk memberi yang terbaik kepada pembaca, tetap kami utamakan. Untuk anda mengenali lebih rapat barisan penulis Opss Media di sini kami senaraikan.

*Kami juga bebesar hati sekiranya anda ingin menjadi penulis di Opss Media secara online. Caranya, anda hanya perlu menulis dalam bentuk email / word kemudian emailkan kepada kami. Nama anda akan tersenarai dalam Penulis Online Opss Media.


BARISAN PENULIS OPSS MEDIA

::WAK:: 
- PENULIS TETAP, REPORTER, GRAPHIC DAN WEB DESIGNER
Wak telah memulakan karier sebagai penulis blog (blogger) sejak tahun 2005. Namun telah dikenali sebagai blogger pada penghujung tahun 2010 oleh kerana sibuk dengan kerjaya dan melupakan mengenai dunia blog sejak tahun 2006. Sekarang, beliau masih bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pembantu teknikal dan selaku pelukis pelan sepenuh masa. Juga merupakan founder kepada beberapa blog yang dirahsiakan statusnya.
"Thanks Opss Media kerana memilih wak sebagai penulis utama di sini, semoga penulisan wak memberi manfaat pada semua." - Wak
Hubungi Wak : 


::BRO FAEZZ:: 
- PENULIS JEMPUTAN, BUSINESS MARKETING -
Bro Faezz adalah newbie blogger. Memulakan karier sebagai penulis blog (blogger) pada awal tahun 2011 setelah tertarik dengan pelbagai blog masa kini, banyak mempelajari ilmu blogger dengan founder Opss Media. Banyak peningkatan beliau dalam dunia blogger.
"Saya amat berbangga dijemput sebagai penulis jemputan bagi laman Opss Media ini, saya juga berharap laman Opss Media ini membuatkan saya lebih banyak pengalaman dalam dunia blogger, Semoga maju jaya Opss Media.." - Bro Faezz
Hubungi Bro Faezz : 


SENARAI PENULIS ONLINE OPSS MEDIA

Jadilah penulis online pertama di Opss Media!