“Saya tidak pernah berasa kebahagiaan dalam erti kata sebenar seperti mana wanita lain yang berumah tangga. Bukan tidak mahu percaya mengenai institusi kekeluargaan, tetapi pengalaman lalu banyak mengajar.
“Sekarang ini saya tidak mahu lagi memikirkan mengenainya. Lebih baik saya tumpukan perhatian sepenuhnya kepada kerjaya lakonan. Selain itu, saya juga merancang untuk menceburi bidang perniagaan. Pada saya ia penting sebagai persediaan menghadapi hari mendatang. Ibarat kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.
“Saya bertuah apabila dipilih menjadi duta untuk barangan kecantikan Zmasha Marketing Resources kerana Pengarah Urusan Zmasha Marketing Resources, Aziela Che Nor turut mencadangkan saya menceburi bidang perniagaan. Dia bersedia mengajar dan melengkapkan diri saya dengan ilmu diperlukan,” katanya ketika ditemui di majlis pelantikannya sebagai duta produk Zmasha Marketing Resources, di Danau Kota, baru-baru ini.
“Pada saya, soal jodoh ini saya serahkan segalanya pada Tuhan. Takut juga kalau kata tidak dan menolak tapi kalau sudah sampai masa atau jodoh itu sudah tertulis, saya tidak boleh lari juga.
“Bagaimanapun, saya berdoa agar didatangkan jodoh yang baik. Kalau tidak baik tidak payah. Saya sendiri tidak kisah kalau ditakdirkan hidup sendiri kerana sudah biasa. Lagipun, saya tidaklah sunyi sangat kerana ada dua orang anak yang sentiasa bersama saya,” katanya.
“Saya tidak akan menjadi duta produk kecantikan kalau tidak yakin dengan barangan dijual. Malah Aziela sendiri bersikap jujur dengan mahu saya mencuba menggunakannya terlebih dulu selama tiga bulan bagi melihat sendiri perubahan berlaku kepada wajah.
“Sekiranya saya berasakan barangan diedarkan itu bagus, barulah keputusan dibuat. Ternyata sabun muka Jongkong Emas itu memang bagus dan wajah saya benar-benar berubah dan kedutan di wajah semakin berkurangan. Selepas yakin, barulah saya bersetuju menjadi duta,” katanya.
“Bagi saya untuk menjadi jurucakap produk kita juga perlu jujur dengan diri sendiri. Kalau saya tidak tahu mengenai produk terbabit, buat apa saya mahu menjadi jurucakap mereka. Itu tidak adil namanya. Macam produk keluaran Zmasha Marketing Resources, saya sudah mencubanya.
“Jadi, apabila saya bercakap dengan pelanggan mereka, saya lebih yakin dan mampu meyakinkan mereka,” katanya.- Sumber Petikan dari Metro
"Serik Bercinta" - Emma Akma Yunus
Kami mendapat khabar, bahawa Emma Akma Yunus, 42 atau Emma telah serik untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki, beliau juga berfikiran bergitu kerana puas mengalami pengalaman yang amat pahit sejak perkahwinan pertama lagi. Tambah beliau pengalaman yang perit itu menyebabkan beliau lebih matang. Kami juga difahamkan, beliau membuat kenyataan ini kerana di sebabkan bekas kekasih Raffi Husin, 24, membuat pelbagai dakwaan dan tuduhan memalukan dirinya.
0 comments