Oh ya, anda juga boleh mengetahui CellSafe International dan kelebihan-kelebihannya, dengan melayari laman web www.cellsafegroup.com dan www.parenthood.my yang mungkin membuatkan anda menjadi seperti Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr. Halina."Ia seumpama insurans untuk anak saya, kerana darah tali pusat ini boleh digunakan untuk merawat pelbagai penyakit yang boleh mengancam nyawa, mungkin agak sukar untuk kita menyimpannya sendiri, jadi CellSafe mampu membantu kita dengan menyimpannya ditempat yang terbaik."Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada bayi dimasa-masa depan, jadi ini merupakan persediaan yang baik untuk mereka,"
"Kaedah ini sangat mudah, dan ianya sememangnya bagus namun, tidak ramai yang tahu tentangnya. Semoga dengan pembabitan kami ini akan membantu memberitahu masyarakat semua mengenai kebaikkan menyimpan darah tali pusat ini,"ujarnya.
Datuk Dr Sheikh Muszaphar simpan darah tali pusat anaknya
Anak pasangan Sheikh Muszaphar dan Dr.Halina ini amat bertuah kerana mempunyai ibubapa yang amat perihatin isu kesihatan dan kebajikan anaknya yang bakal lahir tidak lama lagi. Ini kerana, pasangan tersebut telah pun menandatangani perjanjian antaranya dan Cellsafe Internasional sebagai satu institusi yang akan bertanggungjawab untuk menyimpan darah tali pusat anak sulung mereka nanti.Sheikh Muszaphar yang bertugas di Hospital Universiti Putra Malaysia, Serdang amat menitikberatkan soal kesihatan anaknya pada masa hadapan. CellSafe adalah sebuah instutusi yang menawarkan pengalaman yang berkualiti dan akses kepada teknologi penyimpanan kriogenik era moden yang mampu memberi anak-anak peluang kedua apabila berhadapan dengan keadaan yang boleh membawa maut, mereka juga menyediakan perkhidmatan untuk penjagaan dan pengumpulan sel stem daripada darah tali pusat.
0 comments