Dr.Halina dan Sheikh Muszaphar Bakal Menimang Anak Bulan Depan

Siapa tidak kenal dengan Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar kita yang berkahwin dengan Dr. Halina pada tarikh 10.10.2010 tarikh yang ONG bagi kami, sekarang sedang menunggu masa untuk menimang anak pada bulan Julai nanti. Jantina anaknya tidak mereka ketahui keran tidak mahu membuat imbasan jantina anaknya kerana ingin memberi kejutan antara mereka. Berikut ulasan dan gambar mereka sewaktu di temui oleh media tempatan baru-baru ini

Ulasan Sheikh Muszaphar
"Memang tak sabar nak lihat bayi ini lahir, dan kami sendiri dah buat beberapa persiapan untuknya termasuklah menghias sebuah bilik khas untuk dia nanti. Dari segi pakaian, isteri yang banyak membeli belah, dan ada juga kami beli secara online sahaja.
"Saya memang sukakan kanak-kanak, kalau boleh saya mahu berkahwin awal untuk dapat cepat dapat anak, tapi ketika itu saya terikat dengan kontrak bersama kerajaan yang tidak membenarkan saya berkahwin dalam jangka masa dua tahun.
"Alhamdulillah, selepas berkahwin saya cepat dianugerahkan anak, jadi saya tidak sabar lagi untuk melihat anak saya sendiri.
"Saya juga bersyukur isteri saya tidak mengalami sebarang alahan yang teruk dan tidak mengidam perkara-perkara yang pelik. Sepanjang dia mengandung, Alhamdulillah, perjalanannya nampak mudah dan senang,"luahnya.
 Ulasan Dr. Halina
"Sepanjang mengandung, saya banyak membaca buku tentang otak bayi dan berinya mendengar ayat-ayat Al Quran dan muzik yang abik untuk minda bayi,"jelas Dr.Halina yang akan menghabiskan tempoh berpantang di Lembah kelang sahaja.

Note:
Pada kami, lebih cantik jika Dr.Halina memakai tudung, nampak ayu jer... hehe..
Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply