Farah Fauzana Berlakon Teater

MUNGKIN ramai yang tidak tahu penyampai Hot FM, Fara Fauzana ingin pula berjinak-jinak dalam bidang teater tempatan. Sebelum ini, Fara pernah berlakon filem fantasi Jin Notti bersama Mawi.
Kami dengar Fara pernah ditawarkan untuk berlakon dalam teater muzikal Gamat terbitan CTRA Productions tetapi tidak kesampaian kerana agenda seninya begitu padat ketika itu.

Sekalipun tidak berlakon dalam teater itu kata rakan media, Fara tetap hadir untuk memberi sokongan kepada pementasannya sekali gus bidang teater tanah air kita yang semakin berkembang.

Terbaru, Kami dengar, Fara ditawarkan sekali lagi oleh produksi yang sama untuk berlakon dalam pementasan terbaru daripada CTRA Production iaitu teater Mak Dara Nyonya.



Menariknya, Fara khabarnya tidak perlu uji bakat pun untuk berlakon dalam teater berkenaan. Amboi yakin boleh ‘gitu’.

Menurut pihak produksi sendiri kepada rakan media, watak yang ditawarkan pada Fara bukanlah watak utama tapi watak itu tetap memainkan peranan tersendiri dalam teater berkenaan.

Watak isteri juga memerlukan Fara menjadi ‘gila-gila’ sikit berbanding watak lain dalam teater itu seperti Keponakan A, Keponakan B dan Keponakan C yang dilakonkan Sarimah Ibrahim, Misha Omar dan Nurzizi Zulkifli. Itu pun ada menariknya juga.

Kami percaya, pasti ramai peminat teater yang teringin hendak menonton Fara beraksi secara ‘live’ di pentas nanti. Bersandarkan pengalaman Fara berlakon dalam drama sebelum ini, tentulah dia mampu memberikan lakonan yang bagus dalam teater berkenaan.

Barisan pelakon lain teater Mak Dara Nyonya adalah Sherry Abdullah (Nyonya), Juhara Ayob (Mak Dara), Zaifri Husin ( Tua), Nurzizi Zulkifli (Keponakan A), Sarimah Ibrahim (Keponakan B), Misha Omar (Keponakan C).

Sidang media bagi mengumumkan barisan pelakon teater ini juga berlangsung di Hotel Quality, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 15 Jun nanti.

Apapun, peminatnya mengalu-alukan Fara untuk mengembangkan lagi bakatnya di pentas teater tanah air. Semoga peminat teater juga akan memberi sokongan padu pada Farah untuk pergi lebih jauh dalam bidang drama pentas.

Teater Mak Dara Nyonya ditaja JMD Sdn Bhd dan bakal dipentaskan dari 6 hingga 12 Julai ini di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC), Kuala Lumpur sempena Festival Kuala Lumpur 2011.

Tiket untuk menyaksikan teater ini berharga RM32, RM52 dan RM82. Keterangan lanjut, boleh layari www.ticket2u.biz/www.makdaranyonya.blogspot.com.
Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply