Khairul Fahmi Kecewa Namun Tekad

Kemenangan Terengganu dalam Piala FA baru-baru ini nyata mengecewakan penjaga gol kelantan iaitu Khairul Fahmi Che Mat, 22. Namun beliau tekad bangkit semula dan mengetepikan kisah Piala FA dan terus bersama skuad Olimpik negara bagi misi mencipta kejutan pada pusingan kedua kelayakan Olimpik 2012 menentang Lubnan di Beirut, Ahad ini.
Berikut kenyataan beliau bersama media:
“Kekalahan ini memang mengecewakan saya, kami kalah dengan jaringan minit terakhir. Bagi saya apa terjadi, sudah terjadi dan esok saya kena mulakan hari baru.
“Saya tidak mempunyai banyak masa untuk berehat kerana selepas ini akan menyertai skuad Olimpik ke Doha bagi persiapan perlawanan Olimpik. Saya perlu bersedia untuk memberikan aksi terbaik apabila bersama pasukan negara,” katanya.
Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply