KL Gangster 6 Juta Selepas 4 hari!!

Tweet dari Zizan menyatakan KL Gangster telah mencapai kutipan kasar berjumlah 6 juta setelah 4 hari ditayangkan. Manakan tidak, sedangkan awal tayangan sahaja telah mendapat kutipan 1.5 juta. Tahniah Syamsul a.k.a. Shark dalam filem terbaru ini. Mungkin beliau lebih berkeyakinan selepas filem Kurafat nya yang mencecah RM8.08 juta. Syabas Syamsul!!

Ada juga ura-ura mengatakan filem KL Gangster ini melonjak naik kerana isu Pekida yang kami laporkan baru-baru ini?? Mana tak nya, mesti semua tercari-cari apa rahsia yang di maksudkan pihak berkenaan??
Kami juga melihat review di facebook dan twitter banyak memuji kehebatan filem ini dari segi aksi, kualiti bunyi dan visual nya yang mengatakan anda seperti berada di dalam filem berkenaan. Wah, sampai begitu sekali yer?? Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Syamsul juga kesemua krew KL Gangster yang berjaya menarik minat penonton.
Tags: , , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply