Sah Usop Wilcha jadi Deejay!

 Sebelum ini ada kami menceritakan mengenai lamaran Hot FM dengan Usop Wilcha a.k.a. Shy8 nie.. Nampaknya beliau dah sah jadi deejay sejak pukul 6 pagi tadi hingga pukul 11 nanti. Wow, nampaknya bertambah ler barisan penyampai AM Krew. Apa pun, Usop memang sentiasa disokong oleh rakyat Malaysia, terutama golongan kanak-kanak. "Kita bako ajer!!"

"Saya sentiasa berfikir bagaimana untuk mendekati dan terus berhubung dengan peminat Usop Wilcha. Jika hanya pada filem atau drama sudah tentu mengambil tempoh yang agak lama untuk keluar.
"Lagi pula saya ingin menjaga nilai eksklusif jenama Usop Wilcha itu sendiri dengan hanya tampil dalam filem-filem tertentu sahaja untuk membawa watak tersebut.
"Tawaran yang datang ini memang sesuatu yang sangat tepat pada masanya kerana saya boleh berinteraksi dengan peminat-peminat saya setiap hari,"
"Hari pertama memberi pengalaman yang sangat baru, maklumlah saya tiada sebarang pengalaman sebagai deejay sebelum ini.
"Tapi Alhamdulillahlah mereka banyak membantu saya ketika ke udara. Saya yakin dapat mencari keserasian dalam masa terdekat ini," katanya ketika ditanya pihak media.
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply