"Tiada pencemaran radioaktif dikesan dalam pejabat am syarikat berkenaan. Tiada pekerja lain juga dikesan tercemar serta tidak timbul risiko pencemaran silang bagi keempat-empat pekerja terbabit," katanya kepada media.
"Justeru itu, ia tidak akan menimbulkan risiko sinaran kepada pekerja tercemar, orang awam atau alam sekitar," katanya lagi.Beliau sebelum ini ada menjelaskan, pencemaran radioaktif tersebut telah dikesan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) melalui Sistem Pemonitoran Sinaran Portal (RPM)pada 11.30 pagi pada 2 Jun lepas ketika 4 pekerja tersebut datang ke AELB untuk berurusan dengan Bahagian Pelesenan.
Kadar bacaan diperoleh adalah sekitar 30 ribu hingga 50 ribu bacaan 1 minit iaitu pada kadar 4 ratus kali lebih tinggi daripada bacaan biasa.Walau bagaimanapun, Fluorine-18 mempunyai tempoh separuh hayat yang singkat iaitu 110 minit dan selepas 10 kali tempoh separuh hayat iaitu selepas 20 jam, bacaan sinaran akan kembali ke paras normal. Kami di fahamkan yarikat berkenaan juga membuat rayuan supaya tidak di sita kerana mereka telah mematuhi semua syarat di tetapkan.
"Setakat ini tiada denda dikenakan kepada syarikat berkenaan memandangkan ia merupakan kesalahan pertama selain mereka telah mematuhi semua prosedur ditetapkan." tambah Ongkili lagi.
"Tindakan penyitaan ini adalah sebagai amaran kepada semua kemudahan, orang dan pemegang lesen untuk sentiasa menggunakan standard keselamatan yang tinggi seperti diperuntukkan dalam perundangan dan lain-lain peraturan berkaitan," kata beliau.
Nota :
Fluorine
-Gas berwarna kuning kehijauan pucat yang beracun, menggunakan formula kimia F2.
-Boleh menyebabkan kelecuran sekiranya terkena kulit dan boleh menyebabkan kerosakan tulang sekiranya tidak dirawat.
-Digunakan dalam pembuatan plastik, racun serangga, dan pernah digunakan dalam membuat gas penyaman udara, namun diharamkan kerana penyabab lapisan ozon tipis.
0 comments