Uji Bakat UStazah Pilihan Bermula Julai Nanti

Rancangan realiti terbaru yang bakal menyusuri selepas Imam Muda iaitu Ustazah Pilihan bakal menjalankan sesi Uji Bakat pada 15 Julai Nanti.

Bukan mahu membuktikan siapa hebat, tetapi Ustazah Pilihan diyakini akan mencetuskan fenomena seperti IM untuk melahirkan ikon muslimah sejati. Sekali gus, bersedia memikul tanggungjawab sebagai pembimbing, pendidik dan pembentuk pemimpin generasi baru.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, sekali pun sudah bergelar isteri dan ibu, jika berkemampuan untuk berdakwah, mereka berminat boleh menghadiri uji bakat disediakan. Kami di Astro Oasis sudah menyediakan ruang dan platform yang tepat.


“Bagi saya, penerbitan program ini adalah sebagai sebahagian tanggungjawab sosial kami di Astro Oasis terhadap masyarakat dan agama. Oleh itu, kepada wanita yang berkeinginan untuk mengembangkan kebolehan dalam aktiviti dakwah mereka sangat dialu-alukan.

“Bersesuaian dengan judulnya Ustazah Pilihan, maka individu yang terpilih itu akan dilatih dan dibentuk sebagai pendakwah wanita bercita rasa Malaysia. Saya yakin golongan wanita muda di negara ini mampu menonjolkan kebolehan mereka berdakwah.

“Saya sudah membuat perancangan untuk penerbitan program ini sejak setahun lalu. Ini kerana, di institusi pengajian tinggi (IPT) golongan wanita kalau berdebat, mereka dilihat cukup bersungguh-sungguh. Oleh itu, tidak mustahil Ustazah Pilihan akan lebih hebat daripada IM,” katanya.

Menurut Izelan, dalam merealisasikan misi itu beliau mempelawa wanita muda berusia lingkungan 18 hingga 27 tahun untuk menyahut cabaran menyertai sesi uji bakat di empat negeri iaitu Kedah, Terengganu, Johor dan Kuala Lumpur pada bulan depan.

Uji bakat diadakan mencari calon yang berkebolehan dalam berkomunikasi, berilmu, berpegang kukuh kepada agama, berdaya fikir tinggi serta matang. Lokasi dan tarikh uji bakat ialah Hotel Swiss Inn Sungai Petani, Kedah pada 9 Julai; Hotel Sumai Suite, Kuala Terengganu (15 Julai); Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru (23 Julai) dan Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur (30 & 31 Julai).

Dilancarkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, penerbitan program Ustazah Pilihan juga mendapat kerjasama penuh daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Apapun, menariknya program ini, bermula daripada kakitangan penerbitan, mursyidah, juri sehingga penonton di studio, ia membabitkan wanita keseluruhannya.

Menurut Izelan lagi, Ustazah Pilihan akan menjadi satu-satunya program televisyen didominasi golongan wanita sepenuhnya. Katanya, ini bukan program ‘gedik-gedik’ untuk populariti atau mencipta nama, sebaliknya ia berkaitan agama dan semua aspek penting harus diambil kira. - Harian Metro
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply