“Saya amat kecewa. Saya tidak terlibat dengan mana-mana perhimpunan haram. Ini semua salah faham pihak-pihak tertentu,”
“Esok saya akan terangkan kepada pihak media mengenai dakwaan yang diperkatakan kepada saya,”
“Apabila orang memberi reaksi yang buruk kepada saya, saya perlu menjelaskannya. Kerana perkara ini benar-benar mencemarkan nama baik saya,”
Wardina Sokong Bersih ?
Itu yang kami dapat tahu dari blog-blog politik dan media beberapa hari yang lalu, namun beliau menafikan perkara tersebut ketika di temui semalam. Wardina Safiyyah,32 sedih kerana dikaitkan dengan pertuuhan politik malah di katakan pula menyertai dan menyokong perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih). Kerana perkara tersebut, reputasi beliau kian merundum kerana banyak pihak mempersoalkan perkara tersebut. Oleh kerana itu, beliau telah merancang untuk membuat sidang media bagi memperjelaskan situasi yang sebenar dan membetulkan pemahaman semua pihak pada hari ini bersamaan 29/06/2011 jam 9 pagi di Kelab Darul Ehsan,Ampang. Berikut ulasan beliau.
0 comments