Asyiela Putri Semakin Dikenali

Asyiela Putri Azhar, 9 yang telah menggantikan Adik Nur Fathiah Diazuntuk suaran animasi 3d Upin dan Ipin bagi watak utama itu, semakin dikenali ramai, terutama di kalangan kanak-kanak. Penggantian beliau dengan Nur Fathiah pada tahun lepas adalah kerana, Nur Fathiah ingin menumpukan sepenuhnya kepada peperiksaan UPSR yang di hadapinya tahun lepas. Adik Asyiela yang belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Presint 9, Putrajaya itu mengakui, rakan-rakan di sekolahnya amat meminati Animasi tersebut. Beliau yang membahagikan masa untuk watak tersebut dan pelajaranya, menyatakan, beliau amat meminati bidang nyanyian. Berikut ulasan beliau.
"Di sekolah ramai yang tahu suara saya digunakan untuk siri Upin&Ipin, ramai juga yang menyuruh saya buat suara itu di sekolah. "Tapi cikgu-cikgu banyak beri sokongan kepada saya dan mereka juga dalam perancangan untuk menjemput Upin&Ipin datang ke sekolah,"
"Seperti biasa saya akan ke sekolah pada waktu pagi dan sebelah petang akan ke studio untuk proses memasukan suara.
"Bagi rakaman lagu Hari Raya pula saya lakukan pada hujung minggu dan semuanya diuruskan oleh keluarga, jadi tiada masalah,"
"Ini kali pertama saya diberi peluang merakamkan lagu tapi saya tidak mahu serius dalam bidang tersebut tetapi jika untuk suka-suka sahaja bolehlah. "Lagu-lagu Hari Raya yang saya nyanyi ini merupakan lagu-lagu yang saya gemari, cuma lagu Selamat Hari Raya yang dipopularkan oleh Datuk Sharifah Aini agak sukar dinyanyikan kerana bernada tinggi,"

Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply