Bagaimana Najwa Latif Boleh Popular ?

Kami nak juga tahu, bagaimana artis berusia muda nie boleh menjadi popular dalam industri seni hiburan di Malaysia ini, malah, dengar khabar juga, beliau semakin di kenali di negara-negara jiran, betul ke? Hebat sungguh penyanyi muda kelahiran Batu Pahat nie. Lagu ciptaan beliau dengan kakaknya, Cinta Muka Buku pun semakin hangat di perdengarkan di corong-corong radio, malah jika dilihat di You Tube, jumlah pageview nya sudah mencecah ratusan ribu. Najwa yang msih bersekolah di tingkatan 4 ini, sempat di temubual pihak media, mengenai, bagaimana beliau menjadi popular seperti sekarang? Jom tengok ulasannya..
"Saya sudah mula menyanyi sejak berusia lima tahun dan bermain gitar pula pada usia 14 tahun,  bermula dengan memuat naik video di laman sesawang youtube untuk tontonan ayah saya yang ketika itu baru sahaja pindah ke Kota Tinggi.
"Ayah akan lihat perkembangan saya dalam bermain gitar, jadi setiap minggu saya akan praktis bermain gitar dan memuat naikkan video terbaru untuk ayah. Tak sangka ada orang lain yang turut sama menonton video saya di Youtube. Dan dari situlah, nama saya mula dikenali.
"Tentang sekolah, buat masa ini Alhamdulillah, saya dibawah naungan NAR Records dan mereka sangat memahami keadaan saya sekarang ini. Mereka menguruskan jadual saya supaya persembahan dan sesi promosi dijalankan pada hujung minggu atau cuti sekolah sahaja,"jelas Najwa Latif.
Bercerita tentang singlenya yang sedang hangat diputarkan di stesen-stesen radio tempatan, Najwa mengakui sangat bersyukur dengan penerimaan orang ramai tentang perkara itu.
"Lagu Cinta Muka Buku ini berkisar tentang pekenalan dilaman sosial yang terkenal iaitu Facebook. Kalau kita dapat lihat sekarang, ramai orang yang berkenalan, bercinta, dan ada juga yang berkahwin, bermula dengan perkenalan di laman Facebook ini.
"Jadi, kakak saya, iaitu Syafika Latif yang juga penulis lagu ini, cuba mengolah satu lagu berkisarkan kisah perkenalan laman sosial ini. Saya memilih tajuk Cinta Muka Buku kerana ia bermaksud facebook yang umum tahu ia merupakan lama sosial yang terkemuka bukan saja di Malaysia malah di seluruh dunia. Harapan saya agar lagu ini diterima umum dan orang dapat menerima Najwa Latif dalam persada muzik di Malaysia, Insya-Allah,"
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply