Bagaimana Untuk Jatuhkan Neelofa ?

Itulah kata-kata pelakon popular tanah air, Fazura, terhadap kenyataan Neelofa yang beliau terbaca baru-baru ini. Neelofa menyatakan, bahawa ada sebilangan aktres, yang ingin menjatuhkan namanya dengan mengaitkan perbalahan di antara mereka berdua. Neelofa juga pernah mengaitkan Fazura dengan kisah peribadinya, antaranya menyatakan beliau diburu lelaki kenamaan yang pernah mempunyai gosip hubungan dengan Fazura. Oleh kerana hal tersebut, beliau terasa terpanggil untuk membidas kenyataan artis baru tersebut justeru memberi peringatan, agar tidak membabitkan nama beliau dengan Neelofa apatah lagi dengan mana-mana kenamaan mahupun kerabat . Beliau hairan, bagaimana wujudnya ura-ura yang mengatakan beliau ada perasaan dengki dan iri hati atas kehadiran pelakon baru itu dalam industri seni ini, sedangkan beliau, langsung tidak mengenalinya.Berikut ulasan beliau.
"Saya rasa, memang tidak ada logiknya untuk saya atau aktres lain berpakat untuk menjatuhkan dia. Lagipun, dia baru saja nak naik, jadi macam mana pula kami semua ni nak jatuhkan dia?
"Jika dia seorang pelakon yang hebat dan pernah merangkul sebarang anugerah, mungkin boleh dikatakan kami ini cuba menjatuhkan dia. Tapi, dia masih baru dan tidak berada di tahap mana-mana lagi.
"Bagi saya, apa yang dinyataan Neelofa itu sangat mencabar aktres yang sedia ada. Satu kenyataan yang sangat berani keluar dari pelakon baru seperti dia,"
"Itu yang membuatkan saya agak hairan. Saya kurang pasti dari mana datangnya spekulasi seperti itu. Jika saya mahu berdengki dengan artis lain, rasanya lebih baik saya berdengki dengan kejayaan Lisa Surihani, Liyana Jasmay, Tiz Zaqyah dan bukannya Neelofa.
"Saya sememangnya tidak ada masalah dengan Neelofa dan saya tidak mahu melayan perihal remeh- temeh yang macam ini. Apa yang perlu saya lakukan sekarang hanya berserah saja perkara ini kepada Allah," katanya pasrah.
"Saya sebenarnya sudah tidak mahu lagi memberi sebarang komen tentang perkara ini sebab saya tidak mahu mempunyai sebarang kaitan dengan hal ini dan juga Neelofa.
"Apatah lagi untuk melayan perkara ini dengan lebih serius, rasanya ia satu perkara yang sangat bodoh. Apa saja yang Neelofa ingin katakan selepas ini, semuanya terpulang kepada dia dan tolong jangan ganggu saya lagi,"
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply