Bogel Menuju Tuhan

Bogel Menuju Tuhan ialah antalogi puisi dan catatan karya Zahiril Adzim, yang sekarang membintangi drama Juvana dalam di TV3 yang terkenal dengan panggilan Daim. Khabarnya, beliau berjaya memasarkan buku hasil penulisanya sebanyak 1,000 naskah dan akan di tambah lagi 1,000 naskah untuk cetakan kedua. Buku terbitan Merpati Jingga Sdn. Bhd yang mempunyai 108 muka surat ini hanya dijual dengan harga RM30 di kedai buku berhampiran. Kami doakan semoga tunang Shera Aiyob ini berjaya dalam karyanya. Jom baca ulasan beliau.

“Saya tak sangka dengan sambutan terhadap buku Bogel Menuju Tuhan. Kini buku tersebut telah dicetak sehingga 2,000 buah setelah melihat sambutan yang menggalakkan.
“Saya akan meneruskan minat saya dalam bidang penulisan di blog iaitu zahiriladzim. blogspot. Tetapi buat masa ini belum merancang untuk mengeluarkan buku seterusnya” 
“Saya mula seronok menulis apabila mempunyai blog dan setiap catatan yang lahir dari hati akan dimuatkan dalam blog itu.
“Saya sudah banyak kali putus cinta dan suka berkongsi pengalaman yang dilalui dalam blog kerana apabila menulis saya akan rasa sedikit lega,”
“Ia merupakan satu keadaan yang aku gambarkan dalam setiap perjalanan kehidupan manusia yang percaya akan dugaan Tuhan. Tidak ada manusia yang terlepas dari dugaanNya, maka tidak adalah manusia yang tidak akan menempuh satu tempoh kesakitan, penuh perit dan pedih dalam hidupnya.”
“Apa yang paling penting, isi buku ini tidak ada gambar lucah. Juga ia bukan buku berunsur ketuhanan, tetapi lebih kepada kejadian-kejadian sosial yang berlaku sekitar saya,”
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply