Apabila memakai jubah dan purdah semasa di Jordan untuk beberapa babak dalam Tahajjud Cinta, saya berasa sangat selesa walaupun pada hakikatnya cuaca di sana tidak seperti di Malaysia. Pada mulanya agak janggal juga mengenakan pakaian Muslimah itu, namun semua itu dapat diatasi dengan bantuan pengarah dan rakan lain dan tiada sebarang masalah sepanjang tempoh penggambaran. Mungkin itu hikmahnya, untuk saya bertudung selepas ini walaupun hanya ringkas saja. Insya-Allah
Fazura Kekal Bertudung Selepas Tahajjud Cinta
Kami dengar cerita, Fazura akan kekal bertudung walaupun telah habis memegang watak dalam drama Tahajjud Cinta, Bagusla, Alhamdulillah, itulah harapan kami sebagai saudara seislam. Apa pun, tahniah kepada penerbit dan pengarah-pengarah sekarang, kerana banyak menyiarkan cerita berunsur islamic, dan memaparkan artis-artis tanah air memakai tudung. Dengan cara ini, sedikit sebanyak dapat menjadi ikutan rakyat tempatan terutamanya. Ok, berikut rakaman episod 1 Tahajjud Cinta dan ulasan Fazura kepada media baru-baru ini.
0 comments