Gambar Majlis Resepsi Nurul Syuhada & Amir

Sebelum ini kami ada memaparkan anda, gambar Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin,27 dan Raja Amir Shah Raja Azwa,29 telah bernikah pada 16 Julai 2011 lalu di Binjai On The Park, KLCC. Ini kami bawakan pula gambar Majlis Resepsi mereka yang telah di adakan pada 23 Julai 2011 Sabtu lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby. Seramai 1000 tetamu hadir termasuk sanak-saudara, rakan-rakan beliau dan kru-kru TV3 serta beberapa artis terpilih. Konsep Majlis Resepsinya bertemakan Moden Tradisional, beliau tampil dengan pakaian rekaan Datuk Radzuan Radziwill pereka fesyen tersohor di Malaysia dan di solek oleh Laila Rohani selaku jurusolek tetap di TV3. Sebelum ini, beliau tampil dengan busana kaftan Muslimah off-white berserta tudung yang juga direka khas oleh Datuk Radzuan Radziwil di majlis pernikahannya. Antara personaliti yang hadir di majlis resepsinya ialah, Azizah Ariffin, Maria Tunku Sabri, Azliyanti Ibberahim, Azawate Zenol Abidin, Saiful Nizam Ismail, Teh Syuhada, dan Puteri Erin. Beliau juga ada menyatakan akan berbulan madu di Paris pada Oktober depan dan buat masa ini beliau akan menumpukan bulan Ramadhan dan Syawal dengan keluarga masing-masing. Lihat ulasan beliau dan lebih banyak gambar di Majlis Resepsinya di bawah.

“Kita akan berpuasa dan sambut raya di sini dan mengambil peluang itu untuk bersama-sama berkunjung dan mengenali keluarga kedua-dua belah pihak.
“Insya-Allah selepas semua selesai pada bulan Oktober kita akan berbulan madu di Paris,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Persandingan yang diadakan di Sime Darby Convention Centre, Sabtu.

Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply