Gambar Nasha Aziz dan Pelakon Supermak TV3

Dah lama rasanya tak tengok muka Nasha Aziz, kini beliau kembali kedunia lakonan dalam drama bersiri Supermak yang akan menggantikan drama Juvana yang telah berjaya memecahkan rekod penonton tertinggi sebanyak 4.2 juta. Pengarahnya Prem Anand Pallai menyatakan, Supermak membariskan pelakon seperti Nasha Aziz, Azhan Rani, Zul Yahya, Rosli Sako, Zara Zya, Syawal, Henzy Andalas, Nelly dan Haider Harris. Drama tersebut akan mula ditayangkan pada 25 Julai 2011, setiap hari Isnin jam 9.00 malam. Jom lihat sinopsis dan gambar Nasha Aziz serta barisan pelakon Supermak yang lain. Kredit gambar, Budiey dan Oh Bulan!.
Sinopsis :
Mengisahkan tentang seorang ibu dan suri rumah, Amy Salim yang mempunyai kekuatan dan kelajuan seorang adiwira. Bagaimanapun kekuasaannya disembunyikan dari pengetahuan suaminya yang bekerja sebagai pegawai polis. Keistimewaan kuasanya ini diwarisi dari keturunannya, iaitu dari nenek moyang Amy, Thani, yang berasal dari kepulauan Riau. Termasuk Thani, empat suku dari kepulauan tersebut telah dianugerahkan lima keistimewaan yang berlainan oleh seekor burung garuda yang bertukar menjadi seorang wanita setelah diselamatkan oleh Thani. Namun, setelah beberapa generasi, Bashar yang memiliki kuasa api kini muncul untuk merampas sesuatu dari simpanan Amy untuk merealisasikan niat jahatnya. Apakah yang akan terjadi seterusnya dan siapakah lagi yang akan tampil dengan keistimewaan dari mitos ini?


Tags: , , , , , , , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply