Gambar Nikah Noh & Mizz Nina serta Video Akad Nikah mereka

Alhamdulillah, semakin ramai artis yang bernikah, bagusla, tidak mendatangkan fitnah dan dosa bila masing-masing keluar berduaan. Lepas Tomok & Ayu, kini Noh dan Mizz Nina pulak bernikah, pada hari yang sama cuma waktu berbeza. Noh Salleh,27 atau lebih dikenali sebagai Noh Hujan selamat di ijabkabulkan bersama pasangan Shazrina Azman,31 yang lebih mesra dengan panggilan Mizz Nina dengan 2 kali lafaz. Majlis pernikahanya di adakan di kediaman keluarga Nina di Ukay Heights, Ampang pada jam 10.20 malam, Jumaat. Mereka dinikahkan sendiri bapa Mizz Nina, Tan Sri Azman Hashim selaku wali Mizz Nina dan saksi mereka bapa Noh sendiri Salleh Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia Sdn Bhd, Datuk Adnan Alias. Ibu Mizz Nina Puan Sri Arishah Tuanku Maamor dan ibu Noh, Dayang Soraya Abang Fadzail juga menyaksikan upacara tersebut. Noh memberi mas kahwin sebanyak RM888.88 berserta tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung, set barang kemas, iPad 2, cincin dan kek lapis Sarawak termasuk wang hantaran RM11,111.11 dan di balas pihak Mizz Nina sebanyak tujuh dulang hantaran terdiri daripada sirih junjung, sepasang kasut, dompet, sepasang baju bersanding, coklat, “Playbook” dan cincin.  Pakaian Noh direka khas oleh Shaiful Baharim dan Mizz Nina di reka khas oleh Lady Jane. 3 Majlis resepsi akan diadakan iaitu pada 3 Julai ini untuk keluarga dan tetamu-tetamu kehormat akan diadakan di Hotel Shangri-La bertemakan Ungu Elegan kemudian 6 Julai ini berkonsep Jepun bersama pihak media dan rakan-rakan serta majlis resepsi sambut menantu pada 15 Julai ini di Miri,Sarawak. Berikut ulasan mereka, gambar dan video pernikahanya.
Ulasan Noh
"Saya berdoa supaya kami kekal selamanya. Selepas ini kami merancang untuk berbulan madu di United Kingdom, Rome dan Maldives selama dua minggu.
"Percutian ini juga dikira sebagai masa rehat memandangkan jadual kerja kami begitu padat dengan aktiviti seni sebelum majlis ini (nikah),"
Ulasan Mizz Nina
"Kalau nak diikutkan, kami merancang untuk menerima seorang anak selepas dua tahun perkahwinan kami bagi mengukuhkan kerjaya.
"Tetapi jika rezeki itu datang lebih awal, kami tidak menolak,"


Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply