Gambar Pernikahan Nurul Syuhada & Amir

Jika sebelum ini, kami tontonkan anda dengan gambar & video pra-wedding mereka, kini kami tontonkan anda gambar pernikahan mereka pula. Sebelum itu, untuk makluman anda semua, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin,27 dan Raja Amir Shah Raja Azwa,29 yang bekerja sebagai pegawai bank ini, telah dinikahkan oleh bapa Nurul iaitu Mohd Zin dan disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Al-Syakirin, KLCC selepas solat Isyak 16 Julai 2011 di Binjai On The Park, KLCC. Dengan sekali laafaz, mereka menjadi suami isteri yang sah. Majlis pada malam tersebut bertemakan “Moroccan” atas kreativiti Khalid & Favor By Eddy. Pakaian pengantin pula, rekaan Datuk Radzuan Radziwill. Nurul menerima wang hantaran sebanyak RM20,111 dan mas kahwin RM777. Manakala Majlis Resepsi mereka akan diadakan pada 23 Julai 2011 di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur. Jom lihat lebih banyak gambar pernikahan mereka.


Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply