Neelofa tak jadi berehat kerana Rentaz

Artis banyak kontroversi ini pernah memberitahu media, yang beliau ingin berehat sepanjang bulan Ramadhan ini, namun baru-baru ini, beliau terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana bakal terlibat dengan penggambaran filem terbaru pengarah Mamat Khalid, bertajuk Rentaz. Noor Neelofa Mohd Noor, 22 atau senang di panggil Neelofa atau Lofa ini, katanya berat hati nak terima tawaran sebagai heroin dalam filem seram komedi tersebut, namun akhirnya menerima juga tawaran tersebut setelah mendapatkan pandangan rakan-rakannya. Namun, beliau semakin berdebar-debar dan takut untuk melaksanakan tugasnya dalam filem tersebut, selepas menerimanya, katanya. Filem tersebut mengisahkan kumpulan ahli motosikal yang menuju ke KL dan mengharungi pelbagai dugaan sepanjang perjalanan mereka. Filem tersebut juga menampilkan Awie, Shahz Jaszle, Dazreen dan seorang lagi aktres baru. Filem yang berjudul Highway to Hell pada asalnya, terpaksa di tukar ke judul Rentaz kerana, untuk mengelakan sebarang pertikaian dan salah faham kerana judulnya. Berikut ulasan Neelofa.
"Memang dari awal lagi ketika ditawarkan watak dalam filem ini saya agak keberatan untuk menerimanya. Bukan apa, seperti yang saya maklumkan dulu bahawa saya seorang yang penakut.
"Apatah lagi, saya sudah berniat untuk berehat sepanjang bulan puasa ini untuk menumpukan perhatian pada keluarga dan ibadat. Namun, selepas mengambil kira pendapat teman-teman industri, saya memutuskan untuk mengambil peluang keemasan ini.
"Tawaran ini adalah satu penghargaan yang besar ertinya bagi orang baru seperti saya,"
"Terus-terang, saya sangat takut dan bimbang pada waktu ini. Saya risau sama ada saya mampu mempersembahkan lakonan yang berkualiti atau sebaliknya.
"Apabila melibatkan filem-filem arahan Mamat Khalid, harapan penonton adalah tinggi dan saya bimbang jika tidak mampu menjayakannya sebaik yang mungkin," katanya sambil berharap peluang tersebut dapat melebarkan lagi karier seninya.
.
Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply