Norman KRU Dan Isteri Nak Anak Secepat Mungkin

Norman KRU atau nama sebenar Norman Abdul Halim, Abang sulong kepada ahli kumpulan KRU serta suami kepada Shireen Mardziah mengaku, dia dan isterinya memerlukan anak untuk menyerikan lagi rumah tangga mereka setelah lama bergelar suami isteri. Tambah beliau lagi, sejak mula berkahwin pada 7 Ogos 2009 lagi, beliau dan isterinya sentiasa berdoa agar di kurniakan cahyamata secepat mungkin, namun, rezeki masih belum menyeblahinya. Beliau juga menyatakan, bahawa, kesibukan beliau menjadi pengurus di KRU Studios, beliau langsung tidak pernah menganggap, kanak-kanak sebagai satu bebanan, malahan pula beliau amat menyukai kanak-kanak, buktinya, beliau sering bermain dengan 7 anak-anak buahnya jika bertemu mereka. Berikut ulasan beliau.
"Saya memang perlukan anak sebenarnya. Dan sehingga kini kami masih lagi berusaha, cuma rezeki saja yang belum tiba.
"Malah kami juga merancang untuk mendapatkan anak sekurang-kurangnya dua hingga empat orang. Kalau boleh saya mahu menjadi bapa secepat yang mungkin,"
"Sebenarnya saya sangat sukakan kanak-kanak kerana mereka dapat mengurangkan tekanan kerja saya.
"Kadang-kala mereka juga memberi perangsang dan semangat untuk kita mulakan kehidupan harian kita. Sebab itulah saya tak sabar-sabar nak ada anak agar dapat lebih menyerikan kehidupan saya dan isteri,"
Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply