Rini AF7 Berkahwin Julai Ini dan Gambar Pre-Wedding Mereka

Ramai juga artis yang berkahwin bulan 7 ini ya? Lepas Tomok, Noh.. sekarang Rini AF7 pula. Kami terus terang, tidak mengenali siapa Rini AF7 ini, apa taknya, banyak sangat artis kelahiran AF ini. Namun kami ingin juga kongsikan kepada anda semua, berita yang kami perolehi dari media-media tempatan, mengatakan Rini bakal di nikahkan pada 16 Julai ini. Zuzafrini Zulkifli, 27 atau Rini telah bercinta dengan jejaka pilihan, Johanis Nordin, 29 seorang guru yang berasal dari Lenggeng, Negeri Sembilan. Mereka dikatakan bercinta sewaktu di UiTM lagi. Dan mereka, bakal di ijabkan pada 16 Julai 2011 Jam 5 petang di Bandar Baru Bangi kemudian Majlis Resepsinya pada 17 Julai 2011 pada jam 12 Tengahari. Tahniah kami ucapkan.. Oh ya, dengar khabar juga, kad kahwin mereka di reka oleh bakal suami Rini sendiri dengan dengan konsep kembali ke sekolah dan kesemua isi kandungan untuk nama jemputan dan lain-lain sama seperti buku sekolah. Berikut kami sertakan ulasan beliau dan gambar pre-wedding mereka. Kredit kepada Mentari Kreatif.
“Majlis akad nikah akan diadakan pada 16 Julai, jam 5 petang di Bandar Baru Bangi diikuti majlis persandingan pada keesokan harinya di tempat yang sama bermula jam 12 tengah hari hingga 4 petang. Manakala majlis bagi pihak lelaki akan diadakan pada 23 Julai,” katanya.


Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply