Set Persalinan 7.2 Juta untuk Perkahwinan Memey Suhaiza

Fuhh.. agak tertelan air liur kami mendengarnya. 7.2 Juta untuk set persalinan sahaja??? belum lagi set pelamin, jurugambar, tempat dan sebagainya. Cuba anda bayangkanlah, bertapa besar agaknya perkahwinan mereka ini. Majlis perkahwinan Memey Suhaiza, 23, akan di taja oleh Rafflesia, beliau akan diberikan gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut yang kesemuanya bernilai RM7.2 juta untuk majlis persandingannya bersama Norman Hakim di Crowne Plaza Mutiara pada 28 September 2011 ini. Memey akan mengenakan dua set persalinan untuk majlis persandingan dan memotong kek, dan setiap set salinan bernilai RM500,000 tajaan Rafflesia. Memey juga akan memakai 2 set barang kemas mengandungi anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara untuk dipadankan dengan pakaian tersebut, semuanya tajaan Rafflesia yang bernilai RM5.6 juta untuk kedua-dua set barang kemas tersebut. Tak cukup dengan itu, Prof. Datuk Jimmy Choo juga akan mereka kasut khas yang akan digabungkan dengan mutiara tajaan Rafflesia, yang di anggarkan bernilai RM300,00. Kami rasakan, inilah Wedding Of The Year untuk tahun 2011 ini. Untuk pengetahuan anda juga Majlis pernikahan mereka akan diadakan pada 24 September ini di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor. Setahu kami, Rafflesia juga pernah menaja Datuk Siti Nurhaliza dengan gaun bertatah mutiara pada hari persandinganya, yang dikatakan bernilai RM400,000. Tapi kali ini, Rafflesia memberi tajaan yang lebih hebat nampaknya. Berikut ulasan dari Bill Bora yang merupakan wakil Rafflesia itu sendiri.
“Sejak minggu lepas, borang penyertaan untuk rekaan pakaian perkahwinan Memey sudah dibuka kepada semua pereka fesyen yang berminat.
“Pakaian itu kelak akan dipadankan dengan anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara. Terpulang kepada pereka untuk menghasilkan pakaian itu, namun kedua-duanya perlu dihiasi mutiara.
“Selain itu, Memey juga akan mengenakan dua pasang kasut rekaan khas Prof. Datuk Jimmy Choo,”
“Persandingan mereka boleh dianggap sebagai wedding of the year kerana mendapat sentuhan orang ternama,” katanya.
Note:
Hebat sungguh penangan gossip dan kontroversi mereka, sehingga perkahwinan mereka mendapat tajaan pelbagai pihak ternama. Tahniah! Tahniah!
Tags: , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply