Suhaila Tuntut Hak Jagaan Anak Dari Dari Jimmy Shanley

Nampaknya hubungan kekeluargaan mereka semakin teruk. Selepas beberapa hari membuat kenyataan media membongkar rahsia Jimmy, Suhaila sekali lagi melantik peguam untuk membuat tuntutan hak jagaan anak pulak, malah meminta di ceraikan. Suhaila membuat kenyataan berikut, ketika di temui di Majlis Cukur Jambul anak beliau. Berikut kenyataan beliau, ibunya dan bapanya yang kecewa dengan sikap Jimmy.

Kenyataan Suhaila
Buat masa sekarang anak dengan saya. Dan saya juga telah melantik peguam untuk menyelesaikan hak penjagaan anak dan saya mahu membuat tuntutan cerai dengannya. Saya nekad untuk bercerai kerana beranggapan kami sudah tidak bersefahaman. Saya tidak takut kalau ada perkara-perkara yang dia bongkar. Saya tidak kisah apa yang dia akan lakukan dan apa yang akan berlaku sekali pun. Saya memang tidak ada kawan luar, kawan-kawan yang saya ada pun semuanya kawan semasa di sekolah dahulu. Dia memang tidak benarkan saya keluar rumah, malah semua kena ikut cakap dia. Padanya, dia lebih sukakan suasana ‘privacy’ yang tidak perlu bercampur dengan orang ramai. Tidak bagi saya yang lebih sukakan suasana ramai, seperti malam ini. Dia mahu saya ikut cara dia, tetapi kenapa dia tidak mahu terima cara saya dengan keluarga yang sememangnya riuh
Kenyataan Bapa Suhaila
Jujurnya, saya tidak maafkan dia berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan. Nama saya tercemar sehinggakan saya jadi malu dengan kawan-kawan yang bertanyakan kesahihan sama ada majlis cukur jambul cucu saya jadi atau tidak. Bila ramai yang bertanya, saya jadi terkejut kerana majlis yang dirancang akan dilaksanakan dan dia sendiri tahu majlis ini akan dibuat pada 27 Julai. Bila itu terjadi, saya jadi sangat marah dengan tindakannya. Pada saya, jadi atau tidak majlis tersebut tidak perlu keluarkan kenyataan. Bukannya kita jemput satu stadium. Apa motif dia untuk keluarkan kenyataan sedemikian. Ini adalah majlis saya.
Kenyataan Ibu Suhaila
Memang Jimmy merancang untuk mengadakannya pada 23 Julai lalu. Tetapi, suami saya beritahu yang dia tidak boleh kerana ada mesyuarat dengan stokis. Justeru, Jimmy sendiri yang berikan tarikh 27 Julai kerana dia kata hanya hari Rabu dan Khamis sahaja dia ‘free’. Agak terkejut bila dia cakap majlis ini tidak jadi. Itu yang saya dan suami marah sangat. Apabila saya hubungi dan bertanyakan hal berkenaan kepdanya, dia tidak jawab pun. Kalau dia cakap dia tidak tahu menahu soal majlis ini, dia tipu. Malah, sebelum majlis ini berlangsung pada sebelah petangnya saya ada ingatkannya.
Memang sebelum ini saya sebelahi dia, tetapi bila saya dapat tahu yang dia bertindak sedemikian, saya rasa sangat kecewa. Sebelum ini, saya hanya diamkan sahaja kerana ingat anak saya yang bersalah sehingga sanggup memarahi anak sendiri kerana percayakan dia. Sehinggalah sidang media yang dilakukan anak saya, baharulah saya mengetahui hal sebenar. Anak saya memang tidak pernah ceritakan kepada kami apa yang berlaku. Cukup banyak yang saya lakukan untuknya, tapi dia balas seperti itu pula
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply