Video Faizal Tahir jadi bualan hangat

Dah tengok Video Klip Karma dari Faizal Tahir? Kalua belum anda boleh lihat di bawah. Pelbagai isu keluar dari mulut-mulut peminat muzik tempatan selepas keluarnya video klip tersebut. Maksud karma yang ingin di tonjolkan dalam video terbabit tidak tepat, ini kerana si anak yang telah menjadi mangsa haruan makan anak dan dijual maruah oleh bapanya akhirnya membalas dendam setelah bapanya dikeluarkan dari penjara. Si anak mengelar leher bapanya malah menikam bapanya tanda dendamnya terhadap bapanya, karma bermaksud pembalasan dari Tuhan, bukan dendam dari manusia itu sendiri. Itulah antara yang diluahkan oleh peminat muzik tempatan, yang bimbang akan salah tafsiran maksud karma tersebut, dan juga bimbang kerana secara terang-terang menunjukkan cara membunuh, sekalipun didasari sebab musabab yang kukuh mengapa dia terdorong melakukan perbuatan itu. Berikut, video klip tersebut, dan juga komen atau luahan peminat muzik yang kami maksudkan.


2011/07/18  BEBERAPA hari lalu Cik Normah menerima panggilan telefon daripada peminat muzik berkenaan buah tangan terbaru Faizal Tahir. Pembaca berusia awal 30-an yang mahu dikenali sebagai Jay itu melahirkan kebimbangan sebaik menonton klip video lagu baru penyanyi itu yang berjudul Karma, sebaik saja menontonnya di sebuah saluran TV.
   Akui jejaka prihatin itu, kronologi paparan memang menarik dengan isu haruan makan anak dan sanggup menjual darah daging sendiri ke kancah pelacuran semata-mata tamakkan wang. Si bapa akhirnya dipenjarakan selepas ditahan pihak berkuasa, malah ditonjolkan pelakuan anaknya yang seakan tidak sabar menanti kepulangan ayah dengan menandakan kalendar. Apabila harinya tiba, si bapa yang tampak seakan sudah insaf mahu memulakan hidup baru kembali ke rumah dengan disambut senyuman si anak.
   Cuma dia yang mempunyai dua adik, selain ramai anak buah yang masih di bangku sekolah berasa agak terkilan apabila pada babak penamat ditonjolkan watak gadis lakonan Iqa Mentor membunuh bapanya.
   Bukan sekadar menikam dan mengelar leher apabila ditonjolkan darah keluar membuak-buak dari bahagian itu, malah pada babak pertengahan jelas menampakkan si gadis sibuk mengasah pisau yang melambangkan simbolik hajatnya.
   Kata Jay lagi, dia bukan seorang yang jumud, apatah lagi ketika dia menuntut di luar negara, masih ada tapisan terhadap penerbitan seumpama itu.
   Lagi pun terangnya lagi kalau ikutkan kesesuaian, apa yang ditonjolkan menerusi perbuatan gadis itu lebih kepada pembalasan dendam bukannya karma yang menjurus kepada pembalasan Tuhan.
   Apabila Cik Normah tengok klip berkenaan menerusi YouTube, barulah Cik Normah dapat berkongsi kebimbangan Jay kerana secara terang-terang menunjukkan cara membunuh, sekalipun didasari sebab musabab yang kukuh mengapa dia terdorong melakukan perbuatan itu.
   Tidaklah Cik Normah katakan peminat tegar akan mengikuti perbuatan dalam klip video itu tetapi seharusnya mereka yang berkaitan lebih berhati-hati menghasilkan sesuatu penerbitan dan jangan jadikan kreativiti sebagai lesen untuk berkarya.
   Karma boleh ditonjolkan dalam pelbagai cara atau kerana perbuatan yang dilakukan manusia bukan karma. Atau jika mahu juga menunjukkan konsep salah itu, paparkan secara simbolik. Dalam era serba mencabar ini individu berdepan dengan segala macam tekanan. Bermacam perkara boleh terjadi dengan kes jenayah di mana-mana. Bagi Cik Normah, daripada kita secara tanpa sengaja seakan mahu mengajar sesuatu yang tak elok, lebih baik tonjolkan pengajaran.
   Harap Faizal Tahir dan pasukannya memahami perkara ini. Kita tahu mereka mahu berkarya namun janganlah melampaui sensitiviti. Sebelum terjadi apa-apa lebih elok kita berwaspada
Note:
Bagi kami, setiap manusia melakukan kesilapan. Mungkin penerbit video dan FT akan menjelaskanya suatu hari nanti.

Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply