Akim AF7 Bawa Stacy AF6 Pulang Ke Rumah, Beraya

Akim AF7 dan Stacy AF6 sememangnya sentiasa hangat di gosipkan pasangan bercinta. Dengar khabarnya, mereka akan beraya bersama walaupun berlainan agama, Stacy khabarnya tetap akan merayakan lebaran bersama rakan rapatnya itu. Dan di fahamkan, Akimakan membawa Stacy pulang beraya di kampungnya di Johor Baharu. Namun, akmi menegaskan, agar masyarakat tidak salah faham hasratnya itu, kerana mereka hanyasebagai sahabat yang akrab, malah keluarganya juga mengenali antara satu sama lain. Hai! apalah susah sangat nak mengaku bercinta.. hehe.. Akim juga khabarnya akan bercuti selama 2 minggu bermula 29 Ogos ini, katanya ingin menziarahi rakan-rakan Akademi Fantasia nya itu. Dalam pada itu juga, beliau ada menceritakan persiapan rayanya yang sibuk, berikutan ingin mengemas rumah. Manakala Stacy pula yang sibuk dengan single Kasanova nya berkata, beliau tidak menolak jika di takdirkan lelaki melayu menjadi suaminya, dan lelaki idamanya ialah seperti Akim, walaubagaimanapun, beliau sekarang ingin fokus pada kerjayanya dahulu. Berikut antara cerita kedua pasangan ini ketika di temui.
Cerita Akim
“Stacy kawan baik saya, apa salahnya saya ajak dia beraya di kampung untuk merasai pengalaman sebenar menyambut lebaran di kampung. Itu pun kalau dia tidak sibuk atau terikat dengan kerja.
“Jangan salah anggap pula, kami hanya kawan dan saya akui memang kami kawan rapat. Selain merasai pengalaman raya, pada hari raya keempat saya dan keluarga akan mengadakan rumah terbuka buat peminat, saudara dan rakan-rakan.
“Kemungkinan juga saya akan berkonvoi melawat rakan-rakan Akademi Fantasia yang lain seperti Aril di Melaka. Kalau tidak pun setiap tahun Aril akan datang beraya di rumah saya,” 
“Tahun ini tahun ketiga saya beraya sebagai artis, saya raya macam orang lain juga. Peruntukan saya tidak banyak hanya untuk saya, ibu ayah dan adik bongsu,” 

Cerita Stacy
“Saya sudah biasa sambut hari raya walaupun saya beragama Kristian kerana dalam keluarga saya sendiri ada yang beragama Islam, sudah pasti saya menyambut hari raya bersama mereka,” kata anak kesembilan daripada 10 adik-beradik itu lagi.
Sungguhpun begitu, lebaran kali ini, Stacy dihambat oleh kesibukan kerja kerana menyiapkan dirinya untuk merakamkan video muzik untuk single keduanya berjudul Kasanova selepas single pertamanya Kisah Dongeng.
“Saya teringin untuk beraya di kampung dan merasai nikmat hari raya bersama rakan-rakan, Akim ada beritahu dia akan buat rumah terbuka pada hari raya keempat, jika saya ada kelapangan saya akan pergi melawat dia dan juga rakan-rakan yang lain.
“Tetapi hari raya tahun ini saya akan berada di Kuala Lumpur untuk mempersiapkan diri dengan tarian rancak untuk rakaman muzik video lagu Kasanova,”
“Saya dan Akim rapat, begitu juga dengan rakan AF yang lain macam Aril dan Hafiz. Saya mengaku kami sering menonton wayang bersama tetapi bukan berdua sebaliknya bersama rakan-rakan yang lain.
“Memang saya suka lelaki macam dia (Akim), tetapi sekarang saya masih muda, bukan masanya untuk bercinta. Kalau nak fikir kahwin pun lambat lagi, sekarang saya hanya ingin bekerja,”
Tags: , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply