Gambar Kahwin Shaheizy Sam & Lisa Surihani??

Haha.. kami pun agak teruja seketika ketika melihat gambar perkahwinan olok-olok mereka. Memang nampak sepadan. Untuk pengetahuan anda, mereka sedang berlakon dalam filem arahan anak bongsu Datuk Yusoff Haslam, iaitu Syafiq Yusoff,18. Tajuk filem berkenaan ialah Saya Amat Mencintaimu (SAM). Sebelum ini, kami ada buat entri berkenaan Syafiq Yusoff nie. Filem yang telah mula pengambaran pada 8 Julai 2011 di sekitar Lembah Klang menampilkan Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Syamsul Yusof, Azad Jazmin, Neelofa, Nasir Bilal Khan, Lydiawati, Harun Salim Bachik, Mubarak Majid dan Fimie Don. Filem ini berkisahkan tentang Sam yang bekerja di sebuah syarikat percetakan mencintai Lisa yg jugak rakan sekerjanya. Sementara tu Lisa sering diganggu oleh Haikal dan menimbulkan konflik dan pergaduhan antara Sam dan Haikal. Dalam pada tu muncul pulak lelaki hensem bernama Jefri yang menaruh hati kepada Lisa. Menurut Sam, 70% watak dalam filem tersebut, adalah watak dirinya yang sebenar. Filem ini akan mula di tayangkan pada pertengahan 2012. Jom tengok lagi gambar kahwin olok-olok mereka.


Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply