Ramai Yang Tak Tahu Zul Huzaimy Seorang Pengarah?

Pelakon Zul Huzaimy Marzuki, 33, atau mesra di panggil Zul, menyifatkan pembabitannya sebagai pengarah drama telah memberikan kepuasan dan pengalaman berbeza selepas 15 tahun bergelar anak seni. Menurut Zul, pendedahan dan pengetahuan yang diperoleh sejak mula mengarahkan drama beberapa tahun lalu membuatkan dia lebih mengenali erti lakonan yang sebenar. Ditanya mengapakah perkembangan kariernya ke bidang pengarahan kurang diketahui walhal dia sudah mengarahkan sembilan buah drama dalam diam, Zul berkata, hal itu terjadi mungkin disebabkan tiada publisiti yang meluas. Untuk pengetahuan anda, Zul telah mengarah beberapa drama seperti Rambong, Unjul Nak Jadi Orang dan Alin ke Ilin?, dan terbaru, beliau akan memulakan tanggungjawab sebagai pengarah filem pula pada Februari 2012 tahun depan. Filem tersebut ialah filem bergenre aksi, yang berjudul Pailang terbitan Tayangan Unggul, di mana akan menguji kemampuanya dalam mengarahkan filem sulungnya itu. Beliau yang telah setahun bergelar duda, sehingga kini dia masih belum menemui teman baru kerana sibuk dengan komitmen kerja dan anaknya, Awal Haziq, 5. Beliau juga katanya, akan beraksi dalam Theater Semerah Padi. Berikut ulasanya ketika di temui.

"Sejak berjinak-jinak ke bidang pengarahan, saya semakin mengenali erti lakonan yang sebenar. Bukan mudah untuk mengarahkan sesebuah naskhah.
"Cabaran terbesar adalah untuk menterjemahkan skrip kepada visual yang berkesan," katanya yang sudah mengarahkan sembilan buah drama televisyen setakat ini.
"Saya sendiri pun pelik juga kenapa selepas sembilan drama, ramai yang masih tidak tahu saya sudah berjinak-jinak ke bidang pengarahan.
"Bukan mahu bermegah atau menunjuk-nunjuk cuma perkembangan kerjaya itu tidak rugi jika dapat dikongsi dengan orang ramai,"
"Selain sibuk berlakon, saya juga sedang memperkemaskan skrip filem sulung saya berjudul Pailang.
"Insya-Allah jika tiada aral saya akan mula mengarahkan filem itu pada Februari tahun depan di bawah terbitan Tayangan Unggul," 
"Saya masih belum ada teman istimewa atau pengganti sehingga kini. Saya sibuk menumpukan perhatian pada kerja dan anak saja.
"Malah, pada waktu ini saya cukup selesa dengan kehidupan begini kerana dapat memberikan lebih perhatian pada anak saya,"
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply