Pelakon Ryzal Jaafar, 28, mengakui dirinya lebih tenteram apabila kes kontroversi yang mendakwa dirinya seorang lelaki homoseksual sebelum ini semakin reda. Menurutnya, walaupun dia tidak berjaya menangani isu sensasi itu tetapi dia telah mengambil keputusan untuk berpindah rumah gara-gara diburu oleh individu yang dilihat mahu menutup periuk nasinya. Ditanya adakah dakwaan penyebaran gambar bogel dan fitnah yang menuduhnya sebagai seorang homoseksual itu telah menggugat perkembangan kariernya, Ryzal berkata, sejak kontroversi itu berlaku tawaran lakonan terhadapnya tidak terjejas. Berkongsi tentang pengalaman berpuasa pada tahun ini, Ryzal berkata, kenikmatan berpuasa pada tahun ini adalah berbeza dan istimewa kerana hajatnya untuk beramal dengan anak-anak yatim termakbul. Berikut antara ulasan beliau ketika di temui.
"Alhamdulillahlah, kini saya semakin berasa selamat dan tenteram. Kes tersebut memang memalukan tetapi saya bersyukur ia tidak mendapat perhatian atau liputan meluas daripada pihak media sehingga boleh memburukkan lagi keadaan.
"Jadi, saya tidaklah berasa ralat sangat sebenarnya. Cuma, untuk mengelakkan diri saya daripada terus diburu dan dihantui oleh individu yang berniat jahat itu, saya terpaksa berpindah ke rumah baru,"
"Mungkin kerana saya menjadi mangsa fitnah manusia yang berhati jahat, maka tuhan mempermudah urusan kerja saya. Alhamdulillah, tawaran lakonan saya terima seperti biasa sehingga hujung tahun ini.
"Saya banyak terlibat dengan beberapa drama berepisod untuk pelbagai stesen televisyen walaupun sebelum ini orang itu pernah menghantar e-mel yang bukan-bukan dengan harapan untuk menutup peluang saya membintangi sebuah drama di RTM.
"Mujurlah, pihak penerbitan RTM dan yang lain-lain tidak termakan fitnah dan niat jahat orang itu dan saya berpeluang untuk terlibat dalam drama berepisod tersebut,"
"Saya bersyukur sangat pada tahun ini berpeluang untuk berkongsi sedikit rezeki dengan anak-anak yatim. Sebenarnya sudah lama saya berhajat untuk meraikan anak-anak yatim ini tetapi tidak begitu tahu saluran yang paling sesuai.
"Saya dapat juga peluang itu apabila dapat berkongsi rezeki dengan anak-anak istimewa ini menerusi sebuah majlis amal baru-baru ini,"
About author
Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.
0 comments