Zain Saidin Minat Rozita Che Wan

Zain Saidin, 27 lelaki yang berdarah kacukan ini, baru-baru ini menyatakan yang beliau meminati Rozita Che Wan. Tak silap kami, sejak dulu lagi beliau memang meminati Rozita, cuma ketika itu nama beliau belum di kenali ramai. Tambah Zain, dia suka melihat kecantikan dan sikap Rozita yang mudah mesra dan tidak berlagak itu. Walaubagaimanapun, beliau menafikan yang beliau mempunyai hubungan percintaan dengan ibu tunggal dua anak tersebut. Kira, beliau nie bertepuk sebelah tanganlah. Mana tau tiba-tiba Rozita nak kat beliau, itu satu bonus. Rozita kan minat pucuk muda. Hehe.. Dalam temubula tersebut juga, beliau tak habis-habis memuji Rozita, betul-betul kemaruk sungguh adik Shasha Saidin nie dengan janda idaman ramai nie yer. Dalam masa yang sama, beliau juga menafikan yang beliau berhijrah ke indonesia kerana merajuk wajah kacukanya itu tidak di terima di Malaysia, namun, beliau ingin mencuba peluang baru seperti jejak rakanya Ashraf Sinclair. Khabarnya juga, jejaka kacukan Melayu dan Inggeris ini akan menghasilkan album mini tidak lama lagi yang menampilkan enam lagu ciptaannya.Berikut antara ulasan beliau.
"SIAPA yang tidak mahu memiliki wanita secantik Rozita Che Wan. Sekalipun orang itu gila, mereka mesti jatuh hati padanya. Saya sendiri tidak menolak Rozita punyai ciri wanita yang lengkap. Cantik, sopan santun, pandai memasak dan pandai menjahit,”
“Saya akui dia cantik dan berbakat. Perkenalan kami bermula ketika saya membintangi drama Kiah Pekasam Musim Pertama. Sebelum ini saya langsung tidak mengenali dirinya dan sehinggalah mula berlakon dalam drama itu.

“Saya juga diberitahu rakan seperti Azza Elite bahawa Rozita wanita jelita dan satu nama besar dalam dunia lakonan. Bohonglah jika saya kata dia tidak cantik dan dia memang ada ciri-ciri yang lelaki mahukan,”
“Saya tidak menganggap dia sebagai kakak dan menganggapnya seperti rakan artis lain juga. Apabila saya menganggapnya kakak, hubungan itu nampak kekok dan saya amat menghormati dirinya.
“Bagi saya, Rozita adalah wanita yang punyai ciri wanita moden tetapi masih menyelitkan ciri wanita desa,” kata adik kepada Shasha Saidin.
“Dia mempunyai sikap suka mencabar diri dan melakukan perkara yang mencabar. Dia sanggup berlakon menjadi wanita berpenyakit dan sanggup berada dalam keadaan tidak cantik semata-mata mahu menjayakan watak yang diberikan,”
“Jika ada jodoh saya dengan dirinya, saya tidak menolaknya dan menerima. Soal penerimaan ibu dan ayah saya, semua itu boleh dibincangkan bersama.
“Saya juga kenal anak-anak Rozita kerana kadang kala dia ada membawa mereka bersama ketika menjalani penggambaran. Namun saya hanya keluar dengan Rozita ketika ada waktu rehat di set penggambaran. Itupun untuk minum-minum bersama dan kami tidak pernah keluar berdua di luar set,”
“Saya memberi tempoh pada diri sendiri untuk berjaya dalam bidang seni dalam masa tiga tahun. Kini saya sudah dua tahun membabitikan diri sebagai pelakon.
"Jadi bila masuk tahun ke tiga nanti tetapi saya masih di takuk ini, saya ingin mencuba nasib dan berhijrah ke Indonesia pula bagi mencari peluang di sana sekiranya industri seni di negara ini tidak menerima saya kerana watak yang ada untuk wajah seperti saya agak terhad,”
“Saya masih ditawarkan berlakon dan ada yang menawarkan watak utama. Saya tahu kebanyakan produser memilih jalan selamat dan tidak mahu mengambil risiko menawarkan watak utama kepada saya disebabkan wajah saya yang bukan kemelayuan.
“Tetapi saya mempunyai komunikasi yang baik dalam Bahasa Melayu kerana dibesarkan dan bersekolah dalam suasana Melayu,”

Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply