Alloi Max 24:7 Nasihatkan Arrora Salwa Agar Elakkan Berzina

Penyanyi lagu Buaian Rindu iaitu Arrora Salwa baru-baru ini heboh di katakan sedang bercinta dengan seorang ahli kumpulan Max 24:7 iaitu Alloi. Kami ingatkan ianya sekadar gosip, namun ianya adalah benar kerana Arrora Salwasendiri telah mengesahkannya ketika ditanyakan kesahihan spekulasi tersebut oleh wartawan Oh Bulan malam tadi. Beliau juga menafikan dakwaan bahawa percintaan, membuatkan mereka berdua lalai dalam kerjaya masing-masing.Berikut antara penjelasan beliau mengenai kisah percintaanya dengan Alloi atau nama sebenar Mohd Fairuz Shaari.
“Ya, memang saya sedang bercinta dengan Alloi, atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Shaari. Sebenarnya, hubungan kami masih baru lagi. Kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Nak cerita pasal kahwin, rasanya belum ke arah itu lagi. Tapi, saya harapkan hubungan kami berdua direstui oleh semua pihak,” ujar Arrora Salwa yang tampak ceria.
“Ciri-ciri matang yang terdapat pada sifat Alloi membuatkan saya jatuh hati kepadanya. Kami sering bersependapat dalam pelbagai hal dan sering bertukar-tukar fikiran. Banyak topik yang kami bincangkan, antaranya isu serius seperti penzinaan yang sering berlaku di kalangan anak muda masa kini. Antara kata-katanya yang masih saya ingat ialah, “Mesti elakkan berzina, kalau tak nanti rumahtangga tidak akan bahagia.”
“Lagipun kami berdua pernah mengalami proses perceraian. Ia memang satu pengalaman yang menyakitkan,” 
“Tidak, tidak sama sekali. Kami berdua profesional dalam urusan kerja. Malah, kami hanya sempat berjumpa 5 kali sahaja sejak mula bercinta. Itupun, kalau secara kebetulan kami berdua jumpa di acara media atau nyanyian.
“Mengenai kareer, video klip rasmi lagu Ahmad akan dilancarkan dalam masa terdekat. Single terbaru pula masih dalam perbincangan dengan syarikat rakaman,”
Tags: , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply