Ana Dahlia Kekasih Chef Riz, Seorang Janda ??

Hari nie kami lihat di Mstar mengenai status Ana Dahlia yang hangat bercinta dengan Chef Riz (anak Chef Wan). Kami sudah tahu berita tersebut daripada penulis blog bernama Kjee yang menceritakan kisah silam Ana Dahlia, selepas penulis tersebut menerima email berkaitan Ana Dahlia. Namun kami tidak mengiakanya dan menulis di blog ini, takut-takut kalau ianya adalah gosip yang tak berasas. Menurut pengirim email tersebut, Ana Dahlia atau nama sebenar Diyana Mastura binti Jaafar berasal dari  Kampung Batu 8, Jln Trong, Changkat Jering, Perak pernah berkahwin dengan seorang jejaka mamak yang kaya sewaktu umurnya 21 tahun. Namun perkahwinanya tidak bertahan lama dan bercerai. Semenjak kahwin dan sehingga menjadi janda dan sehingga kini, penghantar email berkata, Ana Dahlia tidak pernah menjeguk ibu bapanya di kampung yang dalam kesusahan, sedangkan Ana berada di Kuala Lumpur menikmati kesenangan. Manakala di Mstar pula, Chef Riz di arahkan bapanya agar mengunci mulut tentang kisah cinta dengan kekasihnya itu dan hanya membuka mulut sekiranya ia berkaitan kerjayanya. Untuk makluman, Chef Riz atau nama sebenar Mohd. Nadzri Redzuawan ,30, sedang sibuk dengan penglibatannya sebagai salah seorang juri tetap dan hos Master Chef Malaysia yang di jangka akan menemui anda tidak lama lagi di Astro Ria (saluran 104). Berikut antara ulasan Chef Riz di Mstar.
“Saya tak boleh jawab apa-apa soalan tentang Ana atas nasihat bapa saya. Lagipun kami sedang berkawan baik dan tidak mahu sekiranya jawapan yang saya berikan nanti melukakan hati mana-mana pihak.
“Saya bimbang jika komen saya nanti akan menimbulkan pergaduhan di antara kami kemudian hari,”
“Saya akan mula menjalani penggambaran MasterChef Malaysia pada Selasa yang turut melibatkan empat chef lain selaku juri.
“Saya agak bertuah kerana merupakan chef termuda di kalangan chef lain yang menjadi juri dalam program yang dirakamkan selama 66 episod itu.
“Saya juga dipanggil untuk menjalani uji bakat oleh pihak Astro sebelum terpilih sebagai hos,”
Tags: , , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply