|
Safura bersama suami, Sharonizam Noor serta anak-anak, Allahyarhamah Nur Aisyah Mariam (dua dari kanan) dan Yusoff Firdaus |
Takziah kami ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Safura atas pemergian anak ketiganya Nur Aisyah Mariam yang berusia 3 tahun. Di khabarkan, anaknya meninggal dunia semalam 12 September 2011 selepas waktu Maghrib kerana menghidap demam panas yang berpanjangan sejak beberapa hari yang lalu. Kami di fahamkan, anaknya itu adalah anak sulong hasil pernikahanya dengan Sharonizam Noor yang juga seorang artis. Jenazah di maklumkan telah dimandikan di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur dan akan dibawa pulang ke kediamannya di Ampang sebelum dikebumikan hari ini 13 September 2011sebelum Zuhur. Untuk pengetahuan anda juga, melalui perkahwinan Safura sebelum ini, beliau dikurniakan 2 orang anak, Nurul Natasha, 17, dan Muhammad Daniel Khaqim, 11. Manakala dengan suaminya sekarang, Sharonizam Noor, dia dikurniakan dua anak Nur Aisyah Mariam dan Yusoff Firdaus serta kini sedang sarat mengandung lima bulan. Berikut cerita Safura ketika di temui semalam.
“Saya tidak tahu dan tidak mampu berfikir ketika itu kerana semuanya mengejut. Apapun saya menyifatkan kehilangan Mariam adalah ketentuan dan suratan buat saya sekeluarga. Saya terima walaupun hakikatnya begitu pedih untuk ditelan.
“Saya memang tidak tahu punca kematiannya kerana apa yang saya tahu, anak saya demam dan badannya panas sejak tiga hari lalu. Lantas Mariam saya hantarkan ke Hospital Ampang Puteri, namun ketika itu doktor hanya mengklasifikasikan demam biasa. Peliknya selepas pulang dan mengambil beberapa ubat yang diberi, suhu badannya tidak menurun.
“Justeru petang tadi selepas beberapa hari suhu badannya masih sama malah lebih teruk, saya bawa sekali lagi Mariam ke hospital yang sama petang semalam. Namun selepas beberapa jam dirawat, doktor mengesahkan Mariam sudah meninggal dunia dan tidak dapat diselamatkan.
“Jadi saya memang tidak tahu untuk menjelaskan bagaimana,”
About author
Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.
0 comments