Walaupun Deborah Henry wakil dari Malaysia, berjaya memenangi gelaran Miss Personality dan Miss Traditional Dress, dan juga menjadi pilihan juri-juri dari seluruh dunia. Namun, beliau tidak tersenarai dalam senarai 16 peserta teratas pertandingan Miss Universe 2011 yang sedang berlangsung di Sao Paolo, Brazil kelmarin. Namun, misi Miss Universe 2011 tetap di teruskan untuk mencari pemenangnya, dan pemenang bagi Miss Universe 2011 ialah Miss Angola iaitu Leila Lopes, 25. Lopes berjaya menyayingi 88 calon Miss Universe yang lain. Manakala pemenang tempat ke-2 ialah Miss Ukraine diikuti dengan Miss Brazil, Miss Filipina dan Miss China. Untuk pengetahuan anda, Miss Universe pada kali ini adalah tahun yang ke-60 ianya dianjurkan.
- Recent Posts
- Comments
Advertisement
0 comments