Diana Amir Bertudung Selepas Mimpi Kiamat dan Ceritanya

Dalam temubual Mstar dan Diana Amir, pelakon filem Aku Masih Dara tersebut, Diana menyatakan perubahan imej beliau dengan bertudung adalah kerana beliau insaf selepas sering mengalami mimpi berkaitan hari kiamat. Keputusan itu, terpaksa di buat mengejut biarpun beliau tahu, dirinya masih terlalu lemah dalam hal-hal agama. Dalam ceritanya, beliau juga ada menceritakan kisah mimpinya kepada sahabat baiknya sehinggakan sahabatnya juga turut mengikut jejak beliau untuk bertaubat dan berhijrah mendalami ilmu agama. Selepas niatnya untuk berubah, beliau tambahnya sering bertemu Irma Hasmie untuk mendapatkan sokongan kemudian Irma pula membawanya berjumpa Wardina Saffiyah untuk mendapat tunjuk ajar dan sokongan mereka. Walaupun masih cetek agama katanya, beliau berharap, selepas beliau menutup aurat, beliau akan lebih mudah mendalami ilmu agama. Tentang lakonannya pula, beliau khabarnya akan terus berlakon asalkan mendapat watak sesuai dengan imej muslimahnya itu, malah beliau juga telah berjumpa David Teo selaku CEO tempat belliau bekerja untuk meminta pendapat. Berikut ulasan Diana ketika di temui Mstar dan Ekslusif cerita Diana mengenai mimpinya.
"Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.
"Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini,"
"Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan.
"Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya," 
"Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.
"Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka,"
"Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini,
"Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah,"
 Eksklusif Cerita & Luahan Hati Diana Amir Dengan Mimpinya
Salam, Diana kongsi sedikit macam mana Diana terbuka hati untuk berhijab. Berhijab bukan hanya di kepala, tapi juga di hati. Insyallah.

Sebelum itu, kalau Diana ada tersalah kata, Diana minta maaf. Yang baik datangnya daripada Allah, yang buruk atas kekurangan Diana sendiri. Minta maaf awal-awal.

Beberapa bulan sebelum ini, Diana pernah didatangi perasaan takut akan hari kiamat, apa yang akan berlaku selepas meninggal dunia. Diana tahu banyak buat dosa, dan Diana belum bersedia untuk menghadapi hari perhitungan, belum bersedia untuk menghadap Pencipta.

Tapi, Diana masih nak kebahagiaan duniawi. Masih sibuk mencari watak-watak dalam lakonan yang Diana suka. Sedangkan semua itu dunia, akhirat lebih kekal. Sehingga satu hari di bulan Ramadhan, Diana berjumpa seorang hamba Allah yang sudah berhijrah. Alhamdullilah, beliau kongsi ilmu agama.

Dosa Diana yang belum berkahwin pun ditanggung sama dengan ayah Diana. Sampai hati Diana biar abah pikul dosa yang Diana buat. Sedangkan, abah sentiasa berdoa untuk Diana menjadi muslim yang taat kepada tuhan. Abah insan yang sangat baik. Kenapa Diana tak dengar nasihat abah?

Disebabkan banyak faktor, Diana nekad untuk terus berhijab dan insyallah jalani hidup berlandaskan ajaran Islam. Terima kasih kepada yang ramai membantu Diana dan berikan semangat untuk terus belajar, dan belajar.

Ingin diingatkan Diana masih belajar. Kalau ada salah tegur Diana. Insyallah Diana istiqamah dan akan terus perbetulkan peribadi.
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply