Ezlynn Betulkan Tarikh Nikah 20112011

Baru-baru nie, media Metro dalam ruangan Rap ada menyatakan tarikh pernikahan Ezlynn yan pernah popular dengan lagu Hi Bye Bye tu ialah pada 11 November 2011, namun semalam, beliau memperbetulkan maklumat yang salah itu, dan menyatakan tarik pernikahanya yang sebenar ialah 20 November 2011 bukan 11 November 2011. Dan kata Ezlynn lagi, beliau akan mengadakan majlis resepsinya awal tahun hadapan. Di tanya mengenai kariernya, beliau katanya telah mengeluarkan single terbaru. Berikut cerita Ezlynn.

“Tarikh 20.11.2011 menjadi pilihan saya dan bakal suami untuk mengikatkan tali pernikahan kami, dan bukannya tarikh 11 November 2011 seperti yang dilaporkan dalam media sebelum ini,” jelas Ezlynn ketika ditemui di rumah terbuka Jalenas di Concorde Hotel, Kuala Lumpur, semalam.
“Buat masa ini, saya tengah sibuk pergi ke kedai perkahwinan bagi mencari persalinan pernikahan, mendapatkan khidmat jurumekap dan sebagainya. Ada juga beli majalah Pengantin untuk mendapatkan idea-idea segar. Setakat ini, persediaan majlis pernikahan saya anggarkan sekitar 50%,”
“Mengenai majlis resepsi pula, masih belum dimuktamadkan lagi. Kalau ikut perancangan, saya memilih untuk mengadakan majlis resepsi sekitar awal tahun hadapan. Konsep majlis perkahwinan adalah simple, tetapi mungkin saya akan mengadakan 3 majlis resepsi bagi menghargai kedua-dua belah keluarga serta pihak media,”
"Mengenai kareer pula, Ezlynn bakal mengeluarkan single terbaru dibawah terbitan Alibi Music berjudul Dusta. Dusta menggunakan 3 komposer baru dimana konsep lagu ini lebih berentak dance. Walaupun selepas bergelar seorang isteri kelak, saya akan tetap meneruskan kareer berlakon dan menyanyi seperti biasa.”
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply