Gambar Bekas Awek Syazwan Zulkifli (Apek Juvana) Tersebar

Gambar Syazwan dan Bekas Kekasihnya yang telah tersebar.
Khabarnya baru-baru ini, gambar bekas teman wanita Syazwan Zulkifli yang lebih di kenali dengan Apek Juvana telah tersebar. Malah, ada gosip pula menyatakan, yang beliau seorang kaki perempuan atau playboy. Terbaru, Syazwan di khabarkan mengaku, wanita yang ada di dalam gambar tersebut adalah bekas kekasihnya dan dirinya. Namun, beliau menafikan, bahawa beliau ialah playboy mahu pun seorang kaki perempuan. Syazwan yang akan kembali muncul dalam drama terbaru dalam slot Akasia TV3 bertajuk 'Sofia' berkata, beliau masih menyayangi bekas kekasihnya itu dan teringin untuk bersamanya kembali. Syazwan juga ketika di temui menyatakan rasa tidak puas hati berikutan tersebarnya gambar peribadi miliknya. Berikut cerita Syazwan.

Syazwan Zulkifli @ Apek ketika membintangi drama Juvana
“Ya, wanita itu adalah bekas teman wanita saya dan lelaki dalam gambar itu adalah saya. Gambar ini diambil sekitar 1 tahun lepas, sebelum saya membintangi drama Juvana.” 
“Saya hairan bagaimana gambar peribadi saya boleh tersebar begini. Tetapi saya tidak mengesyaki sesiapa lagi buat masa ini.” 
“Saya masih menyayangi dia dan kalau boleh saya teringin nak jumpa dia semula.”
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply