Gambar Terbaru Penampilan Bertudung Siti Nordiana

Cantik, apabila dapat melihat perubahan dengan imej bertudung Siti Nordiana. Nana yang di temui wartawan Kosmo semasa sesi photoshoot beliau nampak manis di pandang. Berikut ulasan beliau di Kosmo.
"Sebenarnya saya sudah mula memakai tudung sejak bulan puasa yang lalu. Keputusan saya memakai tudung ini bukanlah disebabkan fesyen semata-mata, tetapi ini adalah imej terkini saya dan berharap ia akan kekal sampai bila-bila.
"Lagipun perubahan imej yang saya lakukan ini adalah satu kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai seorang wanita muslim. Malah, ini juga adalah langkah awal untuk saya berubah ke arah menjadi seorang insan yang lebih baik,"
"Dalam kebanyakan majalah yang dibaca, saya sebenarnya cukup tertarik ketika membaca kisah-kisah mengenai saudara baharu. Walaupun baru memeluk Islam, tetapi saya lihat saudara baru terutama yang perempuan tidak keberatan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim.
"Selepas itu baharulah timbul kesedaran dalam diri sehingga saya mengambil keputusan untuk bertudung. Saya akui yang saya ini bukanlah terlampau baik, tetapi saya merasakan sudah tiba masanya untuk saya berubah sedikit demi sedikit,"
"Saya akui pasti ada tanggapan yang mengatakan tawaran untuk saya membuat persembahan akan berkurangan apabila bertudung. Walaupun ada kebenarannya, namun saya sendiri tidak kisah kalau ia benar-benar berlaku.
"Kalau dah rezeki saya tidak lagi di bidang nyanyian, mungkin rezeki saya di bidang yang lain pula. Lagipun bertudung bukanlah satu masalah yang besar kerana peminat sekarang pun sudah terbuka dan mereka tetap boleh terima penyanyi yang bertudung,"
"Alhamdulillah, meskipun sekarang saya sudah tampil dengan imej bertudung tetapi rezeki untuk menyanyi masih lagi ada. Saya juga sangat berterima kasih kepada pihak Fablous Global kerana sudi mengundang saya untuk sama-sama menjayakan siri jelajah mereka yang akan bermula pada bulan Oktober ini," .

Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply