Nampaknya, Nasha Aziz kembali lagi dengan gosip-gosip yang di cari peminat dan pihak media. Sudah menjadi tradisi dunia seni, apabila sesorang artis itu popular waktu itu dan menjadi perhatian umum, maka sudah pasti ramai yng ingin menghangatkan lagi artis tersebut. Lebih-lebih lagi, Nasha Aziz yang sekarang ini semakin ppular dengan drama Supermak di TV3. Terbaru, pihak media mencari cerita terbaru mengenai hubunganya dengan Tan Wing Poh atau nama islamnya, Nur Iman Tang. Tidak kurang juga, ada yang mengosipkan beliau akan berkahwin dengan Nur Iman Tang dalam masa terdekat. Namun ketika di temui, Nasha Aziz memberitahu, yang beliau masih bersama kekasihnya itu Nur Iman Tang dan menafikan khabar angin menyatakan akan berkahwin dalam masa terdekat kerana beliau masih belum membuat apa-apa perancangan dengan kekasihnya itu.
“Hubungan saya dengan kekasih yang di’kaitkan dengan saya dahulu masih belum putus & saya tidak suka untuk memutuskan silaturahim antara kami.”
Beliau juga ada membuat kenyataan mengenai isu pemberian cincin daripada Nur Iman Tang kepadanya sekitar Jun lalu.
"Kami belum bertunang tetapi dia bagi cincin ini sebagai tanda 'booking' saya. Daripada mulut saya, apa yang saya boleh katakan, hubungan silaturahim kami sebagai saudara sesama Islam yang saling mengenali memang sangat baik. Setiap percintaan itu ada arah tujuan. Semua orang bila bercinta memang ke arah itu. Niat manusia mesti yang baik saja. Niat tetap niat tapi semuanya terletak atas kekuatan dan keinginan masing-masing. Dalam kehidupan ini banyak warna. Warna dalam hubungan saya lebih banyak merah daripada hijaunya."
Untuk makluman anda, Nur Iman Tang merupakan kekasih Nasha Aziz sejak 2009 selepas munculnya kontroversi putus tunang beliau dengan Jurugambar yang di kenali dengan Helmi. Berikut gambar Nur Iman Tang.
About author
Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.
0 comments