Pengakuan Dahlia Teck Mengenai Hubunganya Dengan Khairul Fahmi

Kalau seorang itu dah mula terkenal, menjadi perkara biasa apabila dirinya di landa pelbagai masalah. Itulah yang terjadi kepada Khairul Fahmi Che Mat, penjaga gol Malaysia. Kerana isu putus tunangnya menyebabkan dia dihujani dengan bermacam-macam-macam tanggapan. Dan yang paling menjadi mangsa ialah Nur Dalia Bijuri, 18, atau Dalia Teck kerana di katakan punca isu tersebut. Di tambah pula dengan wujudnya laman peminat “Belia Sokong Khairul Fahmi Che Mat dengan Dalia Teck” di facebook, maka ramai yang menuduhnya sebagai individu yang mentadbir laman tersebut. Tidak sampai di situ, wujud pula blog yang memburukkan bekas tunang Khairul Fahmi yang menggelar dirinya Ahkak Puaka, maka Dahlia Teck lagi di tuduh sebagai Ahkak Puaka tersebut. Ketika rakan media menayakan Dahlia di facebooknya, beliau menceritakan, bahawa beliau sering menerima panggilan tidak dikenali yang menelefonnya sejak timbulnya isu ini, Dalia memberitahu dia tidak menjawab langsung panggilan tersebut kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan. Beliau yang digelar dengan pelbagai gelaran kurang sopan dan dituduh menggunakan susuk dan guna-guna untuk memikat Fahmi, Dalia langsung tidak membalas kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kepadanya. Dalam katanya juga, beliau berterima kasih kepada individu yang membersihkan nama baik Khairul Fahmi. Dalam temubual juga, beliau menyatakan, apa statusnya dengan Khairul Fahmi sekarang. Berikut antara cerita Dahlia Teck di Facebooknya.
“bukan apa, saya tidak mahu mengeruhkan keadaan, dan saya bukan siapa-siapa pun untuk mengeluarkan kenyataan.”
“Saya lihat ramai individu yang tidak saya kenali membersihkan nama Khairul Fahmi, dan dia sangat berterima kasih untuk itu. Macam sekarang ramai orang tidak suka saya, saya terima asalkan mereka tidak membenci Fahmi. Fahmi memerlukan orang ramai menyokongnya supaya dia terus memberikan persembahan terbaik di padang, bukan mencaci dia kerana hal-hal peribadi. Saya berasa kasihan padanya.”
“Saya dan Khairul Fahmi sedang dalam proses mengenali hati budi masing-masing,” 
“malah apabila dilemparkan pelbagai tuduhan dan beberapa gosip membuatkan kami lebih kerap berhubung. Kami makin rapat selepas pelbagai pertuduhan dan perkataan kurang sopan yang dikeluarkan kepada saya oleh individu-individu tertentu. ”
“Saya tak nak masuk campur dalam hal Elia dan Fahmi. Yang pasti Fahmi sendiri menyatakan yang dia ada banyak sebab yang membuatkan dia nekad untuk memutuskan pertunangan. Fahmi bukan jenis yang bercerita hal peribadi dia , saya dah lama berkawan dengan dia pun dia susah hendak bercerita tetapi bila keadaan menjadi semakin teruk, dan blog Ahkak Puaka diwujudkan, menyebabkan Fahmi mengadu semua kepada saya. Dan itu satu faktor yang membuat kami lebih rapat. Kami sendiri pun terkejut macam mana Ahkak Puaka dapat tahu tentang semua itu. Mungkin salah seorang ahli keluarga terdekat atau kawan Fahmi atau Elia,”
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply