Terbaru, Fasha Sandha sekali lagi terpilih sebagai penghias muka hadapan majalah edisi Disember 2011 dan kali ini bersama Majalah Cosmopolitan. Menarik bukan, ingin tahu isi kandunganya??? Dapatkan di pasaran dengan hanya RM5.50 sahaja.
Terbaru, Fasha Sandha dan Maya Karin telah disatukan sebagai cover girl majalah InTrend edisi Disember 2011. Melihat daripada tajuk headlinesnya, pasti kedua-dua artis ini berbicara soal cinta sepanjang 2011. Maya Karin pastinya akan berkata beliau jatuh cinta dengan dunia backpacking yang menjadi agenda utama beliau sepanjang 2011 manakala Fasha Sandha pula masih tidak akan mengaku kembali bercinta dengan bekas kekasih. Itu hanya andaian andaian sahaja. hehe..

Baru-baru ini, rakan gosip kami beutifulnara menerima e-mail dari peminatnya memberikan gambar-gambar Fasha Sandha yang sedang berhibur bersama-sama rakannya. Jadi di sini kami ingin kongsikan gambar tersebut bersama anda pembaca setia kami. Lagi beberapa koleksi gambar Fasha Sandha yang kelihatan gembira dalah sebuah party. Kredit gambar beautifulnara.com

Seperti yang semua maklum, Nur Fazura terpilih menjadi penghias muka hadapan edisi pertama Majalah LISA. Baru-baru ini majlis pelancaran majalah baru tersebut di adakan di The Intermark, Kuala Lumpur. Selain Nur Fazura, Lisa Surihani, Fasha Sanda, Shaheizy Sam, Sazzy Falak, Liyana Jasmey, Awal Ashaari dan Aizat Amdan juga turut hadir memeriahkan majlis. Lagi gambar Lisa Surihani, Fazura dan Fasha Sandha yanghadir memeriahkan majlis berkenaan.

Nampaknya Fasha Sandha semakin pandai mengendalikan masalah kemelut perhubungan yang berkait dengan beliau, dengan langkah mendiamkan diri. Mungkin Fasha belajar dari pengalaman yang pernah di lalui. Apa pun, di dalam dunia hiburan tanah air, beliau masih rancak dan masih meningkat popularitinya. Terbaru, beliau khabarnya bakal muncul sebagai 'Cover Girl' untuk sebuah majalah di minati peminat fashion iaitu majalah GLAM bagi edisi November 2011. Kebanyakan gambar beliau dalam majalah tersebut akan berkonsepkan perkahwinan khabarnya. Apa pun, gambar kedua dan terakhir yang kami paparkan ini, yang kami perolehi dari Facebook beliau, pasti anda akan mengatakan.. Wow!! hangat! hehe.. Jom layankan gambar beliau.

Izreen Azminda pelakon yang mula melonjak naik setelah lakonanya dalam Drama Juvana Tv3 sebagai Ckgu Zakiyah mendapat tumpuan peminat. Terbaru, beliau dalam temubualnya dengan Utusan Malaysia memberitahu yang beliau amat terkilan dengan Johan Asari yang telah mula renggang dengan beliau sejak Johan mula berlakon dengan artis berkontroversi, Fasha Sandha dalam drama Cinta Elysa di TV3 itu. Malah katanya, Johan semkin dingn dan tidak menghiraukanya lagi sejak mula berlakn drama dalam slot Lestary tersebut. Semakin kecewa, apabla beliau mendapati keluarnya gambar dan kata-kata seperti orang yang sedang bercinta yang telah menjadi tontonan umum di Internet. Izreen juga ada menasihati Johan dalam temubualnya bersama Utusan Malaysia. Berikut temubual penuh oleh Utusan Malaysia dan Izreen Azminda.
ADA yang kata Izreen terasa dengan Johan sebab dia nampak mesra dengan Fasha dalam drama Cinta Elysa. Betulkah?
Memang saya terasa dan terkilan dengan dia. Sebab dia bersikap dingin dan tidak endahkan saya sejak mula berlakon dalam drama itu. Tiba-tiba keluar pula gambar-gambar dan kata-kata macam orang bercinta di Internet. Mestilah saya terasa.
Jadi betullah khabar angin mengenai awak dan Johan bercinta?
Memang kami ni tak sampai ke tahap bercinta, sampai nak kahwin. Tapi hubungan kami sangat rapat. Rapat sejak kami digandingkan dalam drama Juvana tempoh hari. Tapi hubungan itu semakin renggang bila Johan berlakon dalam Cinta Elysa.
Kalau kawan kenapa nak terasa sangat? Atau memang suka dengan Johan?
Saya mengaku yang saya suka pada Johan. Dulu masa mula-mula bertemu, sumpah! Saya memang langsung tak suka dia. Tapi dia pandai berbual dan ambil hati sampai saya mula selesa dan suka pada dia. Saya percaya sesiapa pun akan tertarik dengan dia. Mungkin karakter dia memang begitu.
Jadi apa masalahnya?
Kalau tak bercinta sekali pun, sebagai seorang sahabat yang rapat dengan dia, kenapa secara tiba-tiba dia berubah dan tak endahkan saya selepas terlibat dalam drama itu? Dulu hampir setiap hari dia akan menghubungi dan hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) pada saya. Dulu cakap dengan saya lain, sekarang lain pula.
Apa yang pernah dia cakap pada Izreen?
Saya tak mahu dedahkan. Biarlah itu antara saya dan dia sahaja yang tahu kebenarannya.
Apa reaksi Izreen bila tengok gambar dan kata-kata ala cinta antara Johan dan Fasha di Tweeter?
Pada mulanya saya tak tahu pun. Kawan-kawan yang beritahu dan tunjuk. Bayangkan perasaan saya bila tengok tu semua. Memanglah kalau boleh saya tak mahu fikir sangat. Tapi kawan-kawan sekeliling bertanya macam-macam hal dan semuanya ditala pada saya. Mestilah saya tertekan. Nak jawab apa pun tak tahu. Iyalah sebab orang tahu kami sangat rapat.
Apakah Izreen anggap Johan mengkhianati hubungan kalian?
Kalau cakap pasal perasan, sebenarnya bercampur-baur. Rasa kecewa, rasa dipermainkan, rasa bodoh semua ada! Tak adalah, saya ni pun berlakon juga, tapi ada ke saya nak bergambar macam tu dan bagi ucapan-ucapan manja dalam Tweeter dengan pelakon lelaki lain?
Mungkin Johan tak biasa lagi dengan realiti drama dalam industri hiburan, mudah dipermain-mainkan. Apa komen Izreen?
Dia orang baru. Mungkin dia teruja dapat berlakon dengan seorang pelakon cantik. Saya masih ingat lagi, dulu masa mula-mula dia berlakon, nak bergambar dengan perempuan pun dia segan-segan. Ada sekali siap berdoa sebab terlalu gementar. Tapi betullah orang cakap. Manusia boleh berubah. Dia mungkin akan kata yang ia sekadar lakonan.
Apa nasihat pada Johan?
Saya harap dia tak berubah hanya kerana sudah semakin popular sekarang. Orang kata macam kejutan budayalah. Saya juga harap dia lebih berhati-hati dan pandai membawa diri. Lagi satu, saya sebenarnya tak berdendam dengan dia. Memang saya terkilan tapi itu bukan alasan untuk saya tidak bersikap profesional seandainya kami digandingkan lagi dalam projek drama seterusnya.

Baru-baru ini kami ada laporkan tentang Rumah Terbuka Saloon milik Fasha Sandha iaitu Chinta. Khabarnya, Jejai atau nama sebenar Rizal Ashram turut ada di sana. What??? khabarnya Fasha yang mengundang beliau. Dan ada gosip menyatakan, mereka ini juga pernah keluar berbuka bersama pada bulan Ramadhan yang lalu. Huh?? Malah ketika wartawan menayakan hal tersebut kepada Fasha, beliau tersipu malu dan katanya Jejai hadir sebagai teman biasa dan tak lebih dari itu. Bukan kami kisah pun, kalau mereka nak bersama. Cuma risau Johan Asari frust menonggeng jer.. Tak gitu abang botak?? hehehe..
Chinta merupakan Salon perniagaan Fasha Sandha. Semalam beliau mengadakan Rumah Terbuka untuk perniagaanya itu. Fasha juga turut menjempun Johan Asari ke Rumah Terbuka tersebut.
"Syukur alhamdulillah, selesai sudah majlis di Chinta. Terima kasih kepada saudara, peminat, rakan media dan sahabat-sahabat yang sudi hadir. i love u,"Itulah antara kata-kata Fasha di twitter miliknya. Berikut lagi gambar beliau dan Johan di Rumah Terbuka Chinta di bawah ini.
Huh.. kami rasakan memang banyak gambar Johan Asari dengan Fasha Sanda di dalam blog ini. Malah Fasha Sandha sendiri juga dengan nada mengusik memberitahu bahawa Johan merupakan seorang Mat Posing. Cinta Elisa akan terbit di kaca TV3 mulai esok dalam slot Lestary, jangan lupa saksikanya.

Hari ini, Fasha Sandha muncul dalam muka hadapan Bi-Pop untuk akhbar Berita Minggu. Di dalam sisipan 2 muka surat mengenai beliau, beliau menerangkan sebab-sebab dirinya tidak menerima tawaran berlakon filem dan keselesaannya berlakon bersama Johan Asari. Berikut lagi 2 sisipan, Klik pada gambar untuk bacaan yang lebih jelas.
Khabarnya, pelakon drama Juvana, Johan Asari akan memegang watak jiwang dalam siri drama terbaru berjudul Cinta Elysa yang akan ditayangkan mulai 13 September, setiap Selasa jam 9 malam di Slot Lestary, TV3.Khabarnya juga, beliau sukar membawa watak barunya itu sehingga hampir semua krew produksi jadi pening kerana menunggu Johan mengambil masa untuk menghayati watak tersebut, terutama apabila sampai adegan cinta dan romantis. Apatah lagi, dalam drama tersebut, beliau bercinta dengan artis pujaannya Fasha Sandha. Apa pun, anda layankanlah sendiri watak Johan yang baru nie tak lama lagi.