Khabarnya, gambar bertudung dan berbaju pengantin beliau ini adalah dalam sebuah penggambaran yang memerlukan beliau memakai tudung dan berpakaian penggantin, jujur kami katakan, wajah beliau amat suci ketika memakai tudung. Harapnya beliau akan tergerak hati untuk terus bertudung, seperti Diana Amir... Lagi gambar beliau bertudung dan berbaju pengantin.
Seperti yang semua sedia maklum, semalam merupakan sidang media bagi menentukan tema dan merasmikan Anugerah Skrin 2011 (ASK2011) yang di adakan di Double Tree By Hilton di Kuala Lumpur. Berikut lagi, gambar Nora Danish dan anaknya Putera Raykal Ramli yang turut serta dalam sidang media tersebut.
Terbaru, Nora Danish, janda meletup memasukan gambar tunggalnya ke laman sosial Facebook baru-baru ini. Dengan status:
"My love, my life, my food, my sleep, my my everything,"Dan menyifatkan wajah anaknya Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang kini berusia 3 tahun seperti anak 'jepun' yang amat cute dan menarik. Berikut lagi gambar beliau dan anak.
Cantiknya melihat mereka bertudung, nampak manis ajer.. Lagi-lagi yang tudung unggu tu.. Khabarnya bergambar dalam Drama Pastinya.
SCawaii! ialah majalah fesyen yang baru sahaja di lancarkan pada 14 Mei 2011 lalu. Pada edisi Ogos 2011 ini, SCawaii! menarik pembaca majalah, dengan cover majalahnya mengabungkan gambar 4 orang artis bergelar ibu, antaranya, Sari Yanti, Ziana Zain, Nora Danish dan Natasha Hudson. Menarik!!
Tadi, kami dengar dari blog-blog media, mengatakan, Nora Danish hadir ke perlawanan Malaysia menentang Singapura yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Walaupun Malaysia kalah dengan kumpulan mata penuh 6 - 4, namun, pelakon comel molek ini, tetap memberikan ucapan yang membuatkan penjaga goal Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat, tak tido malam di buatnya. Ucapan yang ringkas di status twitter Nora Danish yang berbunyi "TQ Fahmi" itu, mungkin akan memberi seribu makna kepada penjaga goal kebangsaan kita. Mana tidaknya, Khairul Fahmi telah berjaya menyelamatkan beberapa percubaan pihak lawan untuk membolosi gawang jagaannya. Walaupun, beliau dilanda kontroversi dan masalah peribadi, beliau tetap bersikap profesional di padang. Mungkin kerana itu, beliau menjadi tarikan ramai, termasuk pelakon Ana LuLu itu. Walaupun pasukan Malaysia kalah dengan agregate 6 - 4, permainan yang di tonjolkan pada malam tadi, amat membanggakan 85,000 penyokong di Malaysia yang berbilang bangsa. Tahniah Malaysia! Tahniah Khairul Fahmi!
Nora Danish, 29 yang mempunyai anak seorang anak lelaki Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram atau Rayqal, 3 atas hasil hubunganya bersama Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai telah merancangkan sesuatu yang sememangnya semua ibubapa mahukan iaitu menerapkan anaknya seawal usia 4 tahun dengan mempelajari ilmu agama di Pusat Pengajian Tahfiz.Berlainan pula bekas suaminya yang ingin menghantar anaknya ke kelas sukan berkuda Polo. Kalau anda ingin support Nora Danish yang comel molek ini saksikan Khurafat The Series yang bakal ditayangkan di Astro Ria (saluran 104) setiap Selasa jam 10 malam bermula 12 Julai 2011 ini. Jom tengok ulasan Nora mengenai pengaturan hidup anaknya pada masa hadapan.
"Semua ibu mahu yang terbaik buat anaknya, begitu juga saya. Jadi, dah banyak perkara saya aturkan supaya Rayqal membesar dengan didikan agama yang kuat. Lagipun sejak mengandungkannya saya memang suka membaca buku-buku agama.
"Jadi, saya dah mula merancang suapaya pada usia dia 4 tahun ini, saya mahu mengantarnya ke kelas mengaji dan belajar tahfiz al-Quran. Saya mahu dia menjadi seorang yang bijak di samping mempunyai pengetahuan agama yang mendalam dalam dirinya.
"Mana taknya, sebagai seorang ibu saya risau dengan masalah gejala sosial yang berlaku dan berharap Rayqal dapat menempuhnya dengan bijak setelah diterapkan ilmu agama. Bila difikri-fikirkan balik susah betul nak jadi ibu ni kerana asyik memikirkan tentang masa hadapan anak,"
"Saya tahu, sebagai bapa, Jejai juga mahu mengaturkan sesuatu untuk anaknya. Apa yang saya tahu dia juga mahu mengahantar Rayqal ke kelas sukan berkuda PoLo bila usianya sudah cukup nanti.
"Saya tidak menghalang jika itu kemahuannya. Tapi, saya mahu anak saya dihantar untuk belajar tahfiz al-Quran terlebih dahulu. Saya mahu utamakan pelajaran agamanya sebelum anak saya belajar perkara lain.
"Lagipun, saya tak mahu menghalang kerana Rayqal sudah mula menunjukkan minatnya kepada sukan berkuda selepas bapanya sendiri selalu membawanya mengikut sukan berkenaan sebelum ini,"
Mengumpul jumlah keseluruhan RM42 juta dalam tahun 2010, Metrowealth (MIG) menjadi antara syarikat produksi yang berjaya memberi sumbangan besar dalam menjana ekonomi negara kita. CEO syarikat MIG, David Teo ketika di temui melahirkan rasa syukur dan bangga atas kejayaan yang dikecapi oleh syarikatnya, para artis yang bekerjasama denganya dan kakitangan yang banyak membantu memperjuangkan pembangunan syarikat produksinya itu. David juga beerasa bangga, dengan SKim 10 Pengarah Muda MIG yang di perkenalkan pada tahun 2007 sehingga kini, beliau berjaya mengumpulkan tujuh orang pengarah, dan enam daripadanya telah menyumbang kepada kutipan box Office. Antaranya Ngangkung yang berjaya dicatatkan dalam Malaysian Book Of Records 2011 sebagai filem dengan kutipan Box-Office paling tinggi RM8.4 Juta, dan filem Adnan Sempit yang ditayangkan awal tahun lalu dengan kutipan RM7.8 Juta dan beberapa filem lain yang berjaya merangkul kutipan antara RM2 Juta sehingga RM5 Juta. Oleh itu, rezeki yang beliau dan semua yang terlibat peroleh, di kongsi bersama dengan cara, David Teo menganjurkan malam penghargaan dan penyampaian bonus untuk artis dan kakitangan beliau. Dengan hati yang ikhlas, beliau membelanjakan RM4.5 juta duit keuntungan untuk di kongsi bersama pada malam tersebut. Berikut ulasan beliau, serta nama penerima bonus serta ucapan masing-masing. Gambar di bawah, kredit pada budiey.com.
Ulasan David TeoAntara Nama Penerima Bonus dan Hadiah
"Rezeki yang saya terima perlu dikongsi bersama, dan untuk malam ini semua berbelanjaan termasuk hadiah adalah sekitar RM4.5 Juta.
"Saya berterima kasih pada mereka, kerana tanpa usaha mereka, MIG tidak akan berjaya seperti sekarang,"jelas David.
- Nor Azrilah binti Abdullah, berkhidmat sejak tahun 2003 menerima sebuah rumah Semi-D satu tingkat
- Norul Ashikin binti Ismail, Kordinator Pemasaran, berkhidmat sejak 2005, menerima sebuah Semi-D satu tingkat
- Eng Chong Sam, Penasihat Kesihatan, berkhidmat sejak 1998, menerima sebuah rumah Semi-D satu tingkat
- Norazlina, Eksekutif Pemasaran, berkhidmat sejak tahun 2005, menerima sebuah rumah Semi-D dua tingkat.
- Azahari Abdul Hamid, Pengurus Promosi dan Perhubungan, menerima sebuah kereta Merc-Bend E200
- Shaheizy Sam Abd.Samad, Pelakon, menerima sebuah rumah Semi-D dua tingkat dan pakej mengerjakan umrah sebanyak RM30 ribu.
- Ismail Bob Hasim, Pengarah, berkhidmat sejak tahun 2005, menerima sebuah kereta toyota Alparhd 3.5
- Brain Ng, Pengarah Eksekutif Sound, berkhidmat sejak tahun 2003, menerima sebuah banglo
- Farid Kamil, menerima RM30 ribu
- Lisa Surihani, menerima RM15 ribu
- Intan Ladyana, menerima RM15 Ribu
- Ustaz Fauzan, menerima RM10 Ribu
- Nora Danish, Menerima RM10 Ribu
- Angah Raja Lawak, menerima RM10 Ribu
- Puteri Mardiana, menerima RM 10 Ribu
- Norliyana Shamsudin, menerima RM 10 Ribu
- Azad, menerima RM10 Ribu
- Cat Farish, menerima RM5 Ribu
Shaheizy Sam
"Saya tak sangka penghargaan yang diberikan pada saya sebesar ini sebenarnya, malah saya tidak pernah terfikir akan diberikan hadiah sebegini rupa. Sebelum datang, saya memang terfikir mereka akan memberi hadiah dan bonus kepada saya dan artis-artis yang lain, tapi saya tidak menyangka ia sebesar ini.
"Ini rumah pertama saya, dan selain berterima kasih pada pihak MIG dan Mr David, saya juga berterima kasih banyak-banyak pada para penonton dan peminat yang meluangkan masa menonton filem-filem lakonan saya, dan kerana mereka semua jugalah saya menerima bonus sebegini.
"Setakat ini tiada perancangan untuk berpindah ke rumah itu sekiranya ia siap nanti,sebab saya sudah terbiasa duduk bersama keluarga dan agak susah untuk memulakan hidup sendiri,"
Farid KamilSenarai Artis Yang Bernaung Di Bawah MIG
"Ini kali kedua saya terima bonus daripada MIG, dan saya rasa penghargaan yang diberikan oleh MIG banyak memberi perangsang untuk kami melakukan yang lebih baik di masa hadapan.
"Jarang sekali syarikat produksi membuat perkara sebegini, jadi apabila diberi penghargaan sebegini, saya sangat bersyukur dan sangat berterima kasih pada MIG dan David Teo,"
- Shaheizy Sam
- Lisa Surihani
- Farid Kamil
- Yana Samsuddin
- Intan Ladyana
- Fizo Omar
- Kamal Adli
- Diana Amir
- Pierre Andre
- Angah Raja Lawak
- Along Cham
- Fezrul Khan
- Azad Jazmin
- Adeline Anthony
- Aeril Zafril
- Zul Suphia'an
- Putri Mardiana
- Tuah Zoqarnain
- Mon Ryanti
- Adey
- Shahfiez
- Siti Chubby
- Alex Yan
- Boy Iman
- Shasha Zurazie
- Sasqia
- Kamal Faridz
- Nad Zainal
- Tasha Aziz
- Faith Zaki
- Ery Zukhairi
- Chloe
- Ard
- Azrul Anwar
- Shima
- Siti Aziz
- Mimie Ernida
- Hidayah Samsuddin
- Fiffy Natasha
- Wawa
- Elmy Moin
- Arien Yunus





















