Video berdurai lebih 3.36 minit lebih ini memaparkan keserasian yang ada pada pasangan Yasmin Hani & Shahrin. Dan selain itu, video di majlis persiapan pernikahan mereka juga di selitkan pada minit-minit terakhir. Dan khabarnya, video yang di tayangkan semasa berlangsungnya majlis resepsi ini, hanya mengambil masa 3 jam untuk di siapkan oleh kru produksi Avicenna Studio. Berikut video kami maksudkan.
Malam semalam, berlangsungnya Majlis Resepsi Yasmin Hani Richardson, 32, dan suaminya Sha'arin Mohamed, 41 di Duchess Place, Jalan Ampang, Selangor. Majlis yang meriah itu menampilkan pasangan tersebut dengan busana Putih dan Peach sebagai warna pilihan mereka yang di reka khas oleh Hatta Dolmat. Berikut lagi beberapa keping gambar di Majlis resepsi mereka, juga gambar majlis pernikahan mereka dari REDPhotography.





Seperti yang semua sedia maklum, minggu lepas, pasangan ini telah pun mengedar kad jemputan perkahwinan mereka. Mereka yang bakal mengikat tali pernikahan pada 21 Oktober 2011 di Duchess Place, Jalan Ampang, Selangor ini, khabarnya telah pun merakamkan gambar-gambar pra perkahwinannya pada 9 Oktober 2011 yag lalu, berikut gambar pra perkahwinan mereka hasil kreativiti REDphotography.
Menarik melihat setem pada sampul kad Jemputan Majlis perkahwinan Yasmin Hani dan Shahrin Blackrose yang akan berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang seperti yang di rancang pada 21 Oktober 2011. Menurut Yasmin Hani sebelum ini, beliau akan mengenakan baju pengantin rekaan pereka fesyen muda terkenal, Hatta Dolmat dan majlis resepsi mereka akan berkonsepkan majlis dalam taman. Berikut gambar kad jemputan mereka di bawah ini, Kredit Klubbkidd untuk gambar kad jemputan.




![]() |
| Kelihatan Fida memakai seperti topi dan kelihatan rambutnya dan lihat pantulan cermin, siapakah orang itu?? |
![]() |
| Cantik tak gaya rambut baru Yasmin Hani nie. Katanya untuk weddingnya tak lama lagi. |









































