• Home
  • Forum
  • Chating Bersama OM
  • Crew OM
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Siapa OM?
a onblur=”try {parent. deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}”"margin: 0px auto 10px; display: block; text-align: center; cursor: pointer; width: 400px; height: 300px;” src=”" alt=”" id=”BLOGGER_PHOTO_ID_5433478876639914642″ border=”0″ />
.:[Close][Klik 2x]:.
Masukan Kode iklan atau Gambar yang anda inginkan di sini
  • Home
  • World
  • US
  • Business
    • Category
      • Category
      • Category
      • Category
      • Category
    • Category
    • Category
    • Category
  • Entertainment
  • Sports
  • Technology
  • Editor's picks
  • Top Stories
    • Category
    • Category
    • Category
    • Category
You are here : Home »
Showing posts with label Ziana Zain. Show all posts
 Lagi gambar beliau di AIM 18 2011 di bawah ini.
SCawaii! ialah majalah fesyen yang baru sahaja di lancarkan pada 14 Mei 2011 lalu. Pada edisi Ogos 2011 ini, SCawaii! menarik pembaca majalah, dengan cover majalahnya mengabungkan gambar 4 orang artis bergelar ibu, antaranya, Sari Yanti, Ziana Zain, Nora Danish dan Natasha Hudson. Menarik!!

Kalau sebelum ini, Konsert Mega Raya 2010 mendapat sambuat menggalakan, kini Astro kembali lagi dengan  konsert Mega Raya 2011 yang akan di adakan pada 30 Ogos 2011 jam 6 petang. Ramai artis yang turut serta dalam Konsert tersebut, antaranya, Aznil Nawawi, Farid Kamil, Akim AF, Zizan Raja Lawak, Jimmy Shanley, Kamal Adli, Adi Fashla, Scha Al Yahya, Erra Fazira, Ziana Zain, Elfira Loy, Kila Fairy, Ira, Erul AF9 dan Ana Raffali. Berikut ulasan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli.
"Ini merupakan tahun ketiga kami menerbitkan program Mega Raya 2011 dan ia banyak kelainannya berbanding sebelum ini.
"Antaranya ialah kepelbagaian artis yang terdiri daripada artis baru dan lama serta beberapa segmen baru yang berbentuk permainan," jelasnya ketika ditemui pada sesi rakaman Mega Raya 2011, di sini, Sabtu lalu.
Program selama sejam itu juga akan menampilkan beberapa sketsa bagi memeriahkan lagi program tersebut.
"Dari segi pemilihan lagu, mereka bukan sahaja mendendangkan lagu Hari Raya malah lagu-lagu yang sedang popular masa kini.
"Kami mahu program ini ditonton seisi keluarga pada petang Hari Raya dalam keadaan santai,"
Menarik, kami memperolehi beberapa keping gambar Ziana Zain dan peminat fanatiknya semasa beliau di promosi Maybank Treats Fair di Midvalley Mega Mall. Beliau masih kelihatan muda walau usianya dikala se...a .. Hehehe. Ziana Zain memakai baju biru pada hari tersebut. Berikut beberapa lagi gambar beliau.


Baru-baru nie, Kak Ziana kita ada membuat kenyataan, mengatakan bahawa, pertubuhan dan persatuan untuk artis itu tidak perlu wujud kerana tiada apa-apa fungsi. Oleh disebabkan kenyataan berani beliau itu, pihak Ahli Jawatankuasa dan selaku Ketua Biro Perundangan, Pemantauan dan Aduan, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), iaitu Jehan Miskin dengan tegas, mengatakan dakwaan Kak Ziana itu adalah kenyataan yang tidak berasas. Tambah Jehan lagi, semua pihak tidak sewajarnya mempersoalkan peranan setiap pertubuhan atau persatuan, kerana mereka mempunyai objektif tertentu malah memerlukan sokongan pihak-pihak berkaitan. Selain Jehan Miskin, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez juga membidas kenyataan Kak Ziana dan beliau menganggap ia adalah pandangan peribadi yang keterlaluan. Tambah beliau, Kak Ziana seharusnya memikirkan tentang artis dan selebriti lain yang tidak sepertinya (popular) dan jangan berfikiran untuk kepentingan peribadi sahaja. Katanya lagi, sungguhpun usaha yang dilakukan setiap pertubuhan dan persatuan tidak nampak oleh masyarakat, namun sedikit sebanyak telah membantu para artis  dan selebriti memerlukan. Dan kerana tanggapan serta persepsi orang seperti ini, boleh mempengaruhi orang lain. Berikut ulasan mereka.

Jehan Miskin
"Saya akui memang agak sukar sesebuah persatuan artis itu untuk beri bantuan terutamanya dari segi kewangan kerana dana yang ada bukan besar tapi sekurang-kurangnya kami mencuba.
"Kenyataan tentang penubuhan sesebuah persatuan itu tidak berfaedah dan buang masa adalah tidak tepat sama sekali. Kami sentiasa berusaha untuk mencari jalan membantu golongan artis biarpun sekadar yang kami mampu,"
"Kita tidak boleh mengatakan dia (Ziana) salah kerana itu adalah pendapat dia tapi bagi saya penubuhan sesebuah persatuan mampu mengeratkan hubungan sesama artis melalui aktiviti yang dianjurkan.
"Pernah kami pergi ke rumah seorang artis veteran untuk memberi sebuah kerusi roda sahaja tetapi dia sangat menghargai sumbangan tersebut sehinggakan kami semua mengalirkan air mata,"
Datuk Freddie Fernandez
"Itu adalah pandangan peribadi dia, mungkin kerana dia tidak mengalami sebarang masalah atau memerlukan bantuan daripada mana-mana persatuan sepanjang bergelar artis.
"Memang saya lihat segelintir artis yang bertaraf tinggi seperti dia tidak menghiraukan tentang kegiatan persatuan. Itu adalah hak mereka tapi mereka tidak seharusnya membuat kenyataan keterlaluan dan meminta persatuan dibubarkan,"
"Kami tahu ramai yang tidak sedar tentang apa yang telah kami lakukan tapi sebenarnya kesan usaha kami dilihat dalam jangka masa panjang.
"Contohnya memperjuangkan royalti artis, mengurangkan pemutaran lagu-lagu Indonesia di stesen-stesen radio dan memberi bantuan kewangan kepada artis-artis yang memerlukan," 
"Persatuan wujud sebagai orang tengah dan tempat untuk artis bergantung, jika dia tidak memerlukan bantuan persatuan masih ada artis lain yang menyokong kami,"



Older Posts Home
  • Recent Posts
  • Comments
Advertisement

Daily Video

Page

  • Home
  • Forum
  • Chating Bersama OM
  • Crew OM
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Siapa OM?

Photos on Flickr

2010 Simplex Enews. All rights reserved.
Designed by SimplexDesign