Demi menjayakan watak sebagai mantan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein dalam filem Tanda Putera arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba (Shumi) , aktor Rusdi Ramli sanggup berusaha untuk menguruskan badannya. Semua itu dilakukan bagi memastikan watak yang dibawakan kelak di layar perak tidak dipertikaikan penonton memandangkan susuk ubuh badan tokoh negara itu memang kurus kerana menghidap penyakit luekemia semasa hayatnya. Mengakui membawakan watak tokoh negara yang disegani itu sebagai satu tanggungjawab yang cukup berat, Rusdi Ramli bagaimanapun bersyukur dan berbangga kerana menjadi pilihan pengarah dan penerbitnya Datin Paduka Suhaimi Baba. Jelas Rusdi Ramli lagi, dia turut menghadapi cabaran dan kepayahan sepanjang membintangi filem tersebut kerana kekurangan dari segi bahan rujukan tentang Tun Razak. Dalam pada itu jelas Rusdi Ramli lagi, sebelum ini sewaktu kecil dia sempat melihat di kaca televisyen pemergian tokoh negara itu yang ditangisi oleh seluruh orang ramai. Kini, barulah dia mengerti mengapa pemergiaan tokoh unggul negara itu ditangisi ramai. Tanda Putera mengisahkan mengenai persahabatan dan perjuangan dua negarawan iaitu Tun Razak dan Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dalam mentadbir negara. Bakal ditayangkan tahun depan, Tanda Putera turut dibintangi oleh Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim dan ramai lagi. Berikut ulasan beliau ketika di temui selepas majlis doa selamat selesai penggambaran dan berbuka puasa filem Tanda Putera yang diadakan di Finas Rabu. Kredit pada murai.com.my kerana artikal ini.
"Saya disuruh kurus oleh Shumi untuk bawa watak ini. Semua sedia maklum, Tun Razak merupakan seorang tokoh yang disayangi ramai dan kita semua tahu dia menghidap penyakit luekemia. Jadi saya perlu menguruskan badan untuk membawakan watak ini.
"Saya pergi ke gym untuk memastikan tubuh badan saya susut tapi berat badan saya tak turun banyak. Cara terbaik untuk kita susutkan badan adalah tanpa mengurangkan berat badan yang lebih,"
"Kita tak banyak ada rujukan mengenai Tun Razak. Namun, pihak penerbit ada memberikan maklumat dan saya sendiri terpaksa mencarinya menerusi internet tapi tak banyak. Jadi semasa latihan sesama pelakon kami terpaksa membantu di antara satu sama lain.
"Bayangkan dia seorang pemimpin dan menghidap penyakit namun dia berjaya menyembunyikan sakitnya daripada orang ramai termasuk isterinya. Watak ini banyak memerlukan saya bermain dengan emosi,"
"Masa saya kecil saya sempat lihat di TV semasa diumumkan Tun Razak meninggal dunia. Saya tak faham mengapa ramai yang menangis. Sekarang, apabila saya membawakan wataknya saya mengerti dan memahami rupanya dia sememangnya seorang pemimpinyang berjiwa rakyat dan amat menyayangi rakyatnya,"
Baru-baru nie heboh mengatakan rumah tangga Zizan Nin dan isterinya Fazilah Hani goyang. Namun, semua itu di nafikan Zizan sekeras-kerasnya. Siapa kata beliau tidak pernah bergambar dengan isterinya? terbaru, beliau hadir bersama isterinya pada Majlis berbuka puasa anjuran Syarikat pengurusanya Aquila Emas Sdn Bhd. Zizan yang hadir berbaju melayu dengan isterinya berbaju kurung moden, tidak segan bergambar di hadapan kamera. Sudah hampir satu tahun lima bulan beliau dan isterinya berumah tangga, beliau langsung tidak mempunyai masalah kekeluargaan, katanya. Fazilah Hani Datuk Harun atau Hani, bekerja sebagai Penerbit Berita di saluran ntv7 juga menyatakan, beliau kerap juga menemani Zizan ke lokasi penggambaran sekiranya mempunyai masa lapang, malah pernah membawa keluarganya sekali melihat suaminya itu menjalankan tugas sebagai pelakon. Zizan juga gembira dengan perniagaan menjual Baju Melayu menggunakan namanya sebagai label semakin mendapat sambutan. Bagaimanapun, Zizan dan isteri belum mendapat rezeki di kurniakan cahyamata, namun beliau dan isteri redha dan sabar menuggu pemberian Ilahi. Zizan juga menyatakan, beliau sekarang amat gembira kerana dapat meluangkan masa memasak, bersahur, berbuka dan bertarawih bersama isteri tercinta. Berikut beberapa ulasan Zizan Nin ketika di temui pada majlis tersebut.
“Isteri sering juga mengikut saya ke lokasi, tetapi tengok juga lokasi yang bagaimana. Jika lokasi bersesuaian, saya akan bawa. Keluarga mentua juga pernah datang ketika saya menjalani penggambaran drama Panggilan Arwah.
“Waktu itu seluruh ahli keluarga isteri datang. Kebetulan ketika itu saya sedang menjalani penggambaran di dalam kubur, setidak-tidaknya mereka faham bagaimana cara saya bekerja.
“Alhamdulillah isteri dan keluarganya memahami saya sebagai pelakon. Contohnya macam sekarang ini, isteri tinggal bersama keluarganya kerana saya sedang menjalani penggambaran drama 13 episod Mahad Mohd Amin untuk stesen AlHijrah. Boleh dikatakan penggambaran yang diadakan di Ulu Klang itu berlangsung hingga tengah malam setiap hari, jadi saya suruh isteri tinggal di rumah ibu bapanya saja sebab kasihan melihat dia tinggal berseorangan di rumah. Selepas penggambaran saya juga akan terus pulang ke rumah mentua,”
“Bergaduh ‘manja-manja’ dalam rumah tangga perkara biasa. Bagaimanapun, apabila timbul cerita yang mengatakan rumah tangga kami bergoyang, saya risau. Saya dan isteri mungkin faham dengan apa yang berlaku, tetapi keluarga mentua tidak memahami. Jadi ia memerlukan masa untuk kami menerangkan kepada keluarga apa yang berlaku,”
“Setakat ini saya dan isteri belum lagi buat apa-apa. Mungkin kalau usia perkahwinan masuk dua tahun barulah kami akan memulakan ikhtiar. Saya tahu dari cara isteri, memang dia teringin sangat menimang cahaya mata. Tapi saya beritahu isteri, mungkin tuhan ingin kami berbulan madu lagi,” kata Zizan yang menyambut Ramadan dan Syawal buat kali kedua sebagai suami.
“Sejak kecil lagi saya sudah didedahkan dengan kerja dapur. Selalunya saya menjadi budak suruhan arwah emak ke kedai buat salinan buku resipi yang dipinjam daripada rakan. Emak memang berniaga kuih, jadi sayalah yang selalu kena tolong buat apa yang patut di dapur.
“Disebabkan itu, saya minat memasak. Kalau ada cuti panjang, saya memasak di rumah. Tapi yang kelakarnya, kami tinggal berdua tapi memasak macam ramai sangat orang yang ada di rumah. Sudahnya juadah yang kami masak akan dimakan berulang kali dari pagi hinggalah ke malam,”


