"Pada malam kejadian saya sakit di bahagian bawah perut dan berlaku pendarahan. Suami saya bawa ke hospital dan apabila diperiksa bayi dalam kandungan sudah tidak bernyawa. kemudian doktor melakukan pembedahan untuk mengeluarkan bayi. Kata doktor bayi tersebut sudah beberapa hari meninggal dunia tanpa saya sedari ketika mendapat tahu perkara tersebut saya tak henti menangis, mungkin saya terlalu berharap untuk mendapatkan bayi." - Sumber Metro
Rabecca Keguguran Anak
Kami ingin mengucapkan takziah kepada Rabecca dan keluarga kerana beliau keguguran anak berusia 2 bulan. Rabbeca telah mengandung anak pertama hasil perkahwinannya dengan Nor Azam pada bulan Januari yang lalu. Mungkin ini bukan rezeki mereka untuk menimang cahayamata pertama. Dari pengetahuan kami juga Rabecca mempunyai anak angkat bernama Nor Adam Danie (3 tahun), moga Rabecca diberi ketabahan dan semoga anak angkatnya dapat memberi sinar kekeluargaan pada keluarganya.
0 comments