Siapa OM?

PENGENALAN

Opss Media telah ditubuhkan pada 06/06/2011 dengan menggunakan 100% hosting dan domain percuma. Opss Media dilahirkan atas cetusan idea seorang penulis blog terkenal. Walaupun Opss Media baru di bidang penyiaran media eletronik, namun kami sentiasa ingin mempertingkatkan prestasi kami dari sudut pembacaan, kemudahan dan perkhidmatan.
Buat masa ini, Opss Media masih ditahab tumbesaran dan kami masih mencari maklumat-maklumat yang berinformasi untuk perkongsian umum. Opss Media juga bukanlah media yang hanya berunsurkan cerita dunia hiburan tempatan mahupun antarabangsa, namun skop informasi kami lebih dari itu, termasuk berita-berita semasa, tips-tips berguna, pendidikan dan menyeluruh.
Sebagai langkah untuk menigkatkan prestasi, kami berbesar hati diatas informasi & maklumat berguna yang hendak anda salurkan. Ini kerana penulis & penyelaras Opss Media hanya tinggal 2 individu yang menjalankannya secara separuh masa. Jadi, maklumat & informasi berguna anda amatlah kami hargai.
  • Untuk Menyalurkan Maklumat & Informasi sila hantar ke Email : opssmedia[at]gmail[dot]com

DISCLAIMER

Opss Media adalah sebuah medium hiburan & informasi kepada mereka yang berminat mengetahui perkembangan terkini dunia hiburan dan informasi sekeliling. Telah diperkenalkan dan dibangunkan pada 6hb Jun 2011. Setiap artikel dipaparkan berlandaskan cerita yang betul atau mungkin gosip/rekaan/ramalan jika dinyatakan. Kami juga menyelitkan gambar-gambar yang mudah didapati di internet untuk membuang istilah gosip/rekaan/ramalan tersebut, jika kami mempunyai bukti yang sahih lagi jelas. Pihak Opss Media tidak berniat untuk melukakan mana-mana individu melalui artikel yang kami keluarkan. Pihak Opss Media juga tidak dibayar untuk mempromo mana-mana individu di sini. Realitinya, kemunculan kami hanya untuk memberikan informasi-informasi menarik dan berguna di Malaysia mahupun Antarabangsa. Untuk makluman sekali lagi, Pihak Opss Media hanya menyiarkan berita yang diperolehi dari internet, media masa, anda, mahupun sesiapa sahaja yang berkongsi bersama kami.

Pihak kami tidak berniat memfitnah mahupun memburukkan mana-mana individu. Jika anda seorang individu yang terbabit dalam penulisan kami, dan anda tidak senang hati cerita anda dipamerkan di sini dan merasakan anda betul-betul mempunyai hak untuk meminta penulisan tersebut di buang atas sebab munasabah yang pasti, sila hubungi pihak kami kerana kami sentiasa akan berkompromi pada bila-bila masa.

Diingatkan, sebelum anda membaca mana-mana penulisan di sini, anda perlu mematuhi syarat-syarat yang telah kami tetapkan.
  1. Anda perlulah memberikan respon berpadanan dengan entri.
  2. Jaga tatasusila perkataan anda semasa memberi komen. Kerana jari, badan binasa.
  3. Segala respon yang anda berikan, 100% terletak di bawah tanggungjawab anda. Jika berlaku sesuatu yang tidak enak di masa akan datang, kami tidak akan bertanggungjawab, kerana bukan kami yang mengeluarkan respon yang anda keluarkan sendiri.
  4. Berfikir sebelum memberikan komen. Jika anda telah terlanjur menghantar komen yang tidak sepatutnya, hubungi kami untuk request respon anda agar di padam.
Harus diingati, sistem kami hanya mengawal perkataan yang kurang enak di baca iaitu mencarut atau sebagainya. Selebihnya, kami tidak sesekali akan memadam komen anda kerana awal-awal telah kami katakan, respon anda adalah 100% di bawah tanggungan anda sendiri. Kami juga mengamalkan kebebasan memberi respon kepada anda dengan penuh amaran, respon tersebut adalah tanggungjawab anda sendiri.
  • Jika mana-mana gambar yang berada di blog ini datang dari lensa kamera anda, kami pasti akan memberikan kredit sepenuhnya kepada anda di bahagian bawah entri (akan di link terus ke blog anda). Itu jika kami tahu hak milik siapa gambar tersebut. Kadang-kala, kami menerima email gambar-gambar tersebut atau terjumpa dari forum luar yang sedia ada yang tidak disertakan kredit yang itu gambar milik anda. Jadi kami tidak tahu kepada siapa kredit gambar tersebut harus diberi. 
  • Jika gambar tersebut 100% datang dari lensa kamera anda, hubungi kami dengan segera. Kami akan memberikan kredit habis-habisan selayaknya kepada anda. Namun jika anda meminta kami untuk memadam gambar hakcipta tersebut, kami sentiasa bersedia untuk melakukannya pada bila-bila masa asalkan anda mempunyai bukti yang betul-betul kukuh, itu sememangnya gambar milik anda. Begitu juga dengan setiap penulisan yang kami paparkan.