9 Cara Mendidik Remaja Zaman Milenium
1. Remaja-remaja zaman sekarang harus diajar dengan tegas dan guru harus sentiasa garang apabila murid-muridnya menggunakan bahasa kesat di kelas .
Guru mereka tidak harus memberi kesempatan untuk mereka memaki hamun di dalam kelas ,dengan memberi hukuman jika mereka memaki.
Mungkin dengan cara itu , murid-murid mereka akan berhenti dengan kebiasaan memaki mereka itu .
Satu cara lagi ialah untuk mengajar dan pastikan yang murid-murid fahami yang mereka akan dipandang rendah di tempat-tempat awam dan di mata masyrakat jika mereka memaki . Mereka pun harus tahu bagaimana hendak menjaga nama keluarga dan maruah mereka di tempat-tempat awam ataupun di blog .
Ibu bapa remaja pun harus mengambil tanggungjawab atas anak mereka . Mereka harus mengajar anak mereka apa yang patut dan harus marah dan membetulkan anaknya jika mereka telah buat salah . Mereka pun harus pastikan yang anak mereka tidak membuat kesilapan itu lagi .
2. Kebanyakan remaja zaman sekarang sering dilihat berkelakuan tidak bermoral baik di tempat-tempat awam dan baik di rumah.
Dalam topik ini, memang banyak cara-cara untuk memupuk akhlak yang baik dalam didri remaja.
Pertama adalah dengan pertolongan ibu-bapa.
Ibu bapa haruslah berusaha untuk menjadikan anak lebih bermoral.
Ibu dan bapa haruslah menegur anak jika kedengaran menggunakan bahasa-bahasa kesat. Jika masih tidak berkesan, ibu bapa haruslah mula memarahi dan memukul anak jika teguran tidak diendahkan. Dengan itu, anak akan sedar bahawa perbuatannya salah dan akan mempunyai musibah terhadap dirinya.
Kedua, guru-guru di sekolah juga boleh memainkan peranan.
Sebagia guru, mereka harus menjadi contoh yang baik bagi murid-murid. Adalah harus bagi mereka menggunakan bahasa Inggeris atau Melayu yang sempurna. Selain itu, guru-guru boleh memainkan peranan sebagia guru dengan memarahu dan memberitahu tentang sebahagian murid-murid yang berperangai tidak bermoral kepada ibu bapa. Ini supaya ibu bapa dapat mendapat tahu tentang kelakuan dan kedudukan anak mereka di sekolah.
Terakhir, masyarakat boleh memainkan peranan dengan menganjurkan kempen bertutur dengan baik dan bermoral.
Ini dapat mempengaruhi remaja-remaja zaman kini untuk berkelakuan lebih bermoral dan baik tutur bahasa baik di rumah atau tempat awam.
3. Pada pendapat saya, remaja-remaja sekarang tidak mempunyai nilai-nilai murni dan budi pekerti yang baik. Remaja-remaja sekarang sudah lumrah bagi mereka menggunakan bahasa kesat dan maki-hamun kerana mereka telah dipengaruh oleh kawan-kawan mereka dan sudah terbiasa kerana selalu digunakan .
Pertama, ibu bapa harus mendidik anak-anak mereka dari kecil supaya mereka tidak kurang ajar bersama orang yang lebih tua dari mereka. Ibu bapa memainkan peranan penting dan sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menghukum anak-anak mereka supaya mereka menjadi anak yang baik dan berguna kapada masyarakat, negara dan dunia. Jikalau anak-anak mereka menggunakan bahasa kesat dan bersikap kurang ajar, tegur mereka dan hukum mereka jika mereka tidak mengendahkan nasihat ibubapa.
Kedua,guru-guru di sekolah boleh menerapkan nilai-nilai murni dengan mengajar murid-murid mereka tentang nilai moral melalui STAR lesson,CME dan lain-lain lagi. Pihak sekolah boleh menghukum murid -murid yang suka memaki-hamun dan bersikap kurang ajar bersama orang lain seperti menghantar mereka ke “detention” dan menyuruh mereka membersihkan sekolah sebagai hukuman.
4. Memang betul bahawa remaja-remaja hari ini semakin menjadi-jadi, menggunakan kata-kata kesat dan memaki (termasuk bahasa yang digunakan dalam blog) dan berpekik-pekik di tempat-tempat awam. Saya berpendapat bahawa remaja-remaja ini banyak dipengaruh oleh orang-orang barat. Mereka menonton cerita orang barat yang adanya yang tidak senonoh dan cara mereka berbual mengpengaruh cara-cara anak orang melayu kita. Pengaruh ini sungguh kuat dan jika seseorang remaja itu mula bercakap dengan bahasa yang tidak sopan, ia agak susah bagi seseorang itu untuk berhenti bagai tabiat merokok.
Satu cara untuk memupuk akhlak yang baik dalam diri remaja ialah kepercayaan kita yang kuat kepada agama kita iaitu Islam. Islam mengajar kita untuk menjadi seorang umat yang banyak bersabar dan banyak membuat kebaikan.
Lagi satu cara ialah pihak berkuasa atau tubuh-tubuh seperti MUIS dan MOE boleh bergabung untuk melancarkan satu kempen berkenaan dengan masalah-masalah yang ada pada remaja hari ini. Contohnya, mereka boleh melancarkan kempen `Berbual dengan bahasa yang betul` dan sebagainya.
Kepercayaan pada diri sendiri untuk memberhenti berbual yang tidak sopan adalah cara yang terbaik untuk memupuk akhlak dalam diri seseorang.
5. Penggunaan bahasa kesat sudah menjadi trend di antara kalangan remaja-remaja zaman sekarang.Setiap kata-kata bahasa kesat yang dilafazkan dan didengari oleh orang-orang yang tidak dikenali akan memberikan mereka tanggapan pertama yang buruk mengenai diri kita.Dengan itu, kita haruslah jauhkan diri daripada melafazkan kata-kata yang kesat.
Salah satu cara yang guru-guru boleh gunakan adalah dengan mengenakan denda kepada murid-murid yang mengeluarkan kata-kata kesat ketika di dalam kelas. Biasanya,murid-murid selalu menggunakan kata-kata kesat di sekolah kerana mereka berada di sekeliling teman-teman mereka yang juga menggunakan kata kesat.Dengan menenda mereka seperti memberi mereka ‘detention’atau menyuruh mereka membayar 10 atau 20 sen dengan motif untuk mengingatkan mereka tentang kesalahan mereka yang bukan sahaja salah kerana bersikap biadab tetapi juga salah di sisi agama.
Lagi satu cara ialah dengan pemerintah atau MOE membuat bengkel untuk tidak menggalakkan bahasa kesat digunakan. Mungkin,bengkel itu tidak akan memberi manfaat yang sepenuhnya tetapi sedikit sebanyak mengubahkan pendirian mereka terhadap melafazkan kata-kata kesat dan juga memberikan mereka masa untuk fikir dua kali sebelum melafazkan kata-kata kesat.
Cara yang terakhir adalah melalui rancangan-rancangan di televisyen. Ini akan sedikit sebanyak mempengaruhi mereka untuk kawal setiap baasa yang dilafazkan. Media hiburan adalah alternatif yang bagus untuk digunakan.
6. Sememangnya, pada zaman ini, terdapat ramai remaja sekarang yang gemar menggunakan bahasa kesat dengan memaki hamun. Mereka juga tidak takut kepada cikgu sehinggakan mereka sanggup mengeluarkan bahasa kesat di depan cikgu. Oleh itu,pada pendapat saya cikgu-cikgu, seharusnya menjadi tegas dan haruslah memberikan hukuman sekiranya ada yang memaki hamun di kelas.
Selain itu, cikgu juga boleh menelefon ibu bapa pelajar tersebut sekiranya dia masih berdegil dan bersambung untuk memaki walaupun telah ditegur oleh cikgu beberapa kali.Dengan itu, ibu bapa akan mengajar anaknya untuk tidak mengeluarkan bahasa-bahasa kesat.
7. Remaja-remaja harus lebih sopan, supaya tidak dianggap sebagai sampah di mata masyarakat .
Ibu bapa harus merunding dengan anak-anak sebelum mereka membesar tentang menggunakan bahasa-bahasa kesat dalam pembicaraan . Ibu bapa juga boleh memasukkan anak ke dalam kempen-kempen dalam hal memaki-maki . Bukan itu sahaja ibu bapa juga harus menegaskan kepada anak-anak yang menggunakan bahasa-bahasa kesat , memaki itu berdosa dalam agama kita .
Selain itu , guru-guru di sekolah pula harus memainkan peranan dalam hal ini . Guru-guru boleh mengenakan denda jikalau remaja-remaja di sekolah telah meggunakan bahasa-bahasa kesat . Dengan hukuman , denda-denda itu , remaja-remaja akan membuang tabiat-tabiat memaki dengan perlahan-lahan .
Dan yang terakhir ialah orang ramai boleh menegur remaja-remaja yang sedang berada di luar jika mereka terpekik-pekik , memaki-maki . Itu juga berkesan kerana remaja akan berasa malu dan mesti tidak ingin ditegur oleh orang ramai lebih-lebih lagi tentang adab mereka . Pemerintah juga boleh meletakkan poster-poster tentang tertib dalam perbualan .
Bukan itu sahaja , terdapat banyak lagi cara-cara untuk mengahapuskan perbualan kesat dan memaki hamun. Saya mengaharap bahawa cara-cara yang telah diketengahkan dapat mengubahkan terta tertib remaja, lebih-lebih lagi dalam cara perbualan .
8. Pada pendapat saya , terdapat banyak cara-cara untuk memupuk akhlak yang baik dalam diri remaja. Cara-caranya adalah untuk guru-guru dan ibu-bapa menegur remaja-remaja yang akhlaknya buruk , menasihati mereka agar sentiasa solat dan ingat kepada Tuhan dan mereka(guru-guru dan ibu-bapa) juga harus menjadi contoh kepada remaja-remaja.
Pertama sekali , guru-guru dan ibu-bapa harus menegur remaja yang sering bermaki-maki , berkelakuan tidak sopan dan apa-apa yang memburukkan akhlaknya. Ibu-bapa harus segera menasihati dan membetulkan kelakuan remaja tersebut supaya remaja itu dapat mempelajari kesilapannya dan tidak akan mengulangi kelakuannya lagi.
Tamabahan lagi , ibu-bapa harus menjadi contoh yang baik terhadap remaja-remaja. Jika ibubapa tidak memberi contoh yang baik terhadap remaja itu seperti sering bermaki-maki, tidak bersolat dan membuat benda-benda yang tidak sopan , remaja itu akan mengikut tingkah laku mereka lalu mengakibatkan akhlaknya rosak . Justeru, ibu bapa haruslah sering memberi contoh yang baik terhadap remaja-remaja supaya remaja itu boleh mengikuti tingkah laku mereka dan semoga ia dapat memupuk akhlak yang baik dalam diri mereka .
9. Saya berasa bahawa kita harus memupuk akhlak yang baik dalam remaja. Ini adalah kerana akhlak remaja kini semakin hari semakin tidak sesuai. Remaja tidak segan menggunakan kata-kata kesat dan juga memaki hamun. Contohnya lagi remaja juga berpekik-pekik di tempat awam dan memaki hamun di blog yang membuat orang tersinggung. Kita harus menyedarkan remaja-remaja ini bahawa perbuatan mereka ini salah dan harus memupuk ahklak yang baik di dalam diri mereka.
Sebagai seorang guru, mereka boleh mengajar remaja-remaja ini tentang pendidikan moral. Iaitu untuk mengajar remaja tentang ahklak-ahklak yang baik. Contohnya, remaja-remaja ini mugkin akan mempelajari sesuatu dan mengubah cara hidup mereka untuk berakhlak mulia.
Sebagai ibu bapa, mungkin mereka sudah tidak terdaya untuk memarahi dan memukul remaja tersebut. Contohnya ibu bapa boleh menghantar remaja-remaja ini ke kursus atau kelas-kelas agama atau pun kelas-kelas motivasi yang mengajar anak-anak ini tentang ahklak-ahklak yang baik.
Selain itu, remaja-remaja boleh mengikuti kaunseling di sekolah yang disediakan oleh sekolah. Kaunselor boleh menasihati remaja-remaja ini untuk mengubah sikap mereka. Contohnya berbudi bahasa ketika bertutur dengan ibu bapa dan juga rakan-rakan.
0 comments